Oleh pada 28 Nov 2019 kategori

Brownies tidak akan berkedut cantik jika suhu pembakaran yang digunakan terlalu panas. Bagi yang menggunakan ketuhar industri, suhu atas perlu lebih rendah dari bawah. Namun, tidak boleh overbake juga.

Brownies juga mungkin akan tidak menjadi apabila menggunakan ketuhar baru. Anda perlu banyak try and error dengan suhunya. 

Brownies Kedut

Bahan-bahan:

  • Mentega (85g)
  • Coklat (170g)
  • Telur (2 biji)
  • Gula kastor (140g)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Tepung gandum (100g)
  • Serbuk koko (1/4 cawan)
  • Serbuk penaik (1/4 cawan)
  • Garam
  • Marjerin

Cara-cara penyediaan:

  1. Double boil mentega dan coklat sehingga cair. Ketepikan.
  2. Kacau manja telur, gula kastor dan esen vanila. Ketepikan.
  3. Ayak tepung gandum, serbuk koko, serbuk penaik dan garam.
  4. Masukkan coklat cair ke dalam mangkuk telur dan dikacau sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.
  6. Panaskan ketuhar dengan suhu 150'c selama 10 minit.
  7. Sapu marjerin pada loyang, curahkan adunan ke dalam loyang.
  8. Hiaskan dengan badam, kacang atau chocolate chip mengikut citarasa masing-masing.
  9. Bakar selama 30 minit.

Tips:

  • Jangan gunakan pengadun, kacau adunan secara manja sahaja untuk dapatkan brownies yang berkedut.
  • Selepas dibakar, buka sedikit pintu ketuhar dan biarkan selama 5 minit sebelum dikeluarkan.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari buku Koleksi 100 Resepi Pilihan terbitan 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Siti Fatimah Mohd Adam [1, 2]

Sumber informasi: Shazwani Shakeri [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)