Kali ini kami akan berkongsi sebuah lagi resepi tular yang amat senang. Apa yang membezakan resepi brownies cookies ini berbanding kebanyakan resepi lain ialah ia tidak menggunakan serbuk penaik. Jangan risau, ia tetap menjadi dan sungguh lazat.
Namun, anda perlu ada macaroon mat. Jika tiada, anda perlu kreatif sedikit. Contohnya, anda boleh pipekan dalam paper cup nipis.
Terdapat dua versi brownies cookies yang boleh dibuat, iaitu jenis chewy (dibakar 12 minit) dan jenis crunchy (dibakar 15 minit).
Brownies Cookies Ezza Delights
Nota: Di sini ditunjukkan bahan dan tahap putaran telur dan kelikatannya setelah digaul dengan gula icing dan tahap kepekatan coklat tersebut setelah dimasukkan tepung.
Bahan-bahan:
- 185gm dark chocolate (pemilik resepi guna jenama Beryl's)
- 40gm buttercup (pemilik resepi guna ini sahaja)
- 95gm gula icing (boleh kurang jika tidak suka manis)
- 50gm tepung gandum
- 2 biji telur 'B (pastikan baru) - penting
Cara-cara membuat:
1. Cairkan coklat tadi menggunakan kaedah double boil.
2. Apabila telah larut, masukkan mentega dan kacau keduanya sehingga larut. Angkat dan biarkan suam seketika.
3. Sementara coklat sejuk dengan pantas putar telur menggunakan hand mixer sehingga nampak buih sedikit. Masukkan gula icing dan putar sebentar.
4. Campurkan adunan telur ke dalam adunan coklat tadi. Pastikan adunan coklat ianya berkeadaan suam yang nak hampir ke sejuk.
5. Masukkan tepung dan kaup balik adunan coklat dan telur tersebut. Kaup balik dengan lemah lembut, bukannya diputar dan digodek ikut suka hati.
6. Siap dan masuk ke dalam piping bag.
7. Panaskan ketuhar.
8. Atas parchment paper atau silicon mat, pipekan adunan coklat tadi sebesar duit 20 sen lama sehingga habis dan bolehlah dihias dengan badam atau kekacang lain atau kosong sahaja.
9. Bakar api atas bawah dengan suhu 190-200' mengikut ketuhar masing-masing selama 15 atau 20 minit.
10. Untuk dapatkan biskut berkeadaan chewy, hanya bakar dalam 10-15 minit. Jika mahu garing, dalam 15-20 minit.
Nota:
➡ Apabila mengembang, di sini anda dapat lihat ianya mula berkaki dan retak. Paling mengujakan apabila tengok ianya menjadi.
➡ Adakalanya masa rekahan seperti kedut seribu. Pemilik resepi tidak suka sebegitu dan anggap ianya tidak menjadi kerana tidak cantik.
Tips:
➡ Untuk hasil yang amat rangup, tambah cream of tar tar.
➡ Tambah tepung dan serbuk penaik. Cadangan: Dua kali ganda tepung dan sesudu teh serbuk penaik. Guna tepung superfine.
➡ Kurangkan cooking chocolate. Contohnya, jika resepi menggunakan 200grm, anda guna 150grm.
➡ Ia sama sahaja seperti buat biskut biasa, bezanya lembik sedikit dan double boil mentega dan cooking chocolate.
➡ Jika mahu tahu biskut tersebut sudah masak, atasnya akan berkilat dan pecah berkedut-kedut.
➡ Setelah masak, biarkan ia sejuk di dalam loyang kerana ketika ini biskut masih lembut. Setelah siap, simpan biskut di dalam bekas kedap udara.
➡ Jika menggunakan dark chocolate Beryl's, hasilnya gelap sedikit. Jika menggunakan milk chocolate Beryl's, hasilnya cerah sedikit seperti gambar di bawah.
Jika buat pertama kali tidak menjadi, cuba lagi sehingga berjaya.
Sumber: