Biskut buah pinggang merupakan sebuah biskut legenda masyarakat dahulu. Kini, biskut ini sukar untuk ditemui terutamanya ketika Hari Raya Aidilfitri.
Untuk biskut marie dan cornflakes, sukat terlebih dahulu sebanyak 1 cawan sebelum kisar. Untuk menampilkan kelainan, bentuk biskut ini boleh diubah mengikut kreativiti anda.
Biskut Buah Pinggang
Bahan-bahan:
- Buttercup (250 gram)
- Gula aising (1 cawan) - pemilik resepi letak 3/4 sahaja
- Kuning telur (1 biji)
- Esen vanila (1 sudu teh)
- Tepung naik sendiri (1 cawan)
- Tepung jagung (1 cawan)
- Biskut marie (1 cawan) - dikisar halus (pemilik resepi menggunakan jenama Munchy's)
- Cornflakes (1 cawan) - dikisar halus
- Tepung gandum (1/2 cawan) - pemilik resepi menggunakan cap ros
Cara-cara penyediaan:
- Pukul Buttercup dengan gula. Apabila kembang, masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
- Masukkan tepung naik sendiri dan tepung jagung. Kacau menggunakan senduk atau spatula.
- Masukkan biskut marie dan cornflakes yang dikisar tadi ke dalam adunan.
- Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang boleh dicanai.
- Setelah siap uli, canaikan doh dan terap menggunakan acuan.
- Sapu kuning telur sedikit di atas biskut dan ditabur dengan cornflakes yang sudah diramas. Bakar mengikut kepanasan ketuhar masing-masing.
- Setelah siap bakar, boleh susun dalam balang. Tunggu biskut sejuk dahulu.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.