Kuih peneram sangat terkenal di kalangan 'orang lama' dan terus menjadi kesukaan generasi sekarang.
Tepung beras dan gula merah merupakan bahan utama untuk membuatnya.
Bahan-bahannya senang diperolehi, tetapi menghasilkan kuih peneram yang elok gebu di dalam dan rangup diluar, bukanlah senang.
Teknik menguli yang betul dan campuran tepung yang betul, merupakan kunci utama untuk membuat kuih peneram yang lazat dan tahan lama kelembutannya.
Campuran gula merah dan sedikit gula putih juga, memainkan peranan penting dalam menghasilkan rasa manis yang secukupnya untuk kuih peneram ini.
Adunan juga perlu di'rehat'kan selama beberapa jam, supaya gula sebati dengan tepung dan menghasilkan doh yang senang dibentuk dan tidak masuk minyak selepas digoreng.
Kuih Peneram
Bahan-bahan:
- Tepung beras (4 cawan) - cap Gajah 3
- Tepung gandum (2 sudu besar)
- Gula merah (1 cawan)*
- Gula pasir (1 cawan)*
- Air (1 cawan)*
Cara penyediaan:
1. Campurkan bahan-bahan yang berhuruf condong* dan masak sehingga mendidih.
2. Siap terus tuang dalam tepung dan kacau tepung sehingga sebati menggunakan senduk.
Tips: Jangan guna tangan kerana air gula tersebut panas.
3. Setelah siap gaul, perap selama 4 atau 5 jam.
Tips: Untuk lebih enak, perap semalaman.
4. Setelah siap perap, bolehlah tekap dan goreng.
Nota:
✔ Bagi yang tiada kesempatan untuk membuat sendiri kuih ini dan mahu mencubanya, sila hubungi, sms atau WhatsApp: Ery (012-3427692) atau Zul (012-4314832) untuk keterangan lanjut bagi mendapatkannya dengan harga yang cukup murah.
✔ Mereka juga sedia menerima tempahan bagi majlis-majlis kenduri kahwin, jamuan keraian, hari jadi, kenduri doa selamat dan jualan borong untuk peruncit-peruncit kuih raya.
Sumber: