Oleh pada 20 Jan 2023 kategori

Masyarakat negeri Terengganu sememangnya begitu sinonim dengan menu berasaskan ikan. Di kala ini dimana wabak Covid-19 kembali menular, anda boleh memilih untuk tidak berjalan jauh bagi merasai keaslian menu kegemaran ramai, mee rebus atau bihun rebus mengikut citarasa penduduk Terengganu.

Untuk perkongsian ini, penggunaan bahan isi ayam boleh digantikan dengan makanan laut atau bebola ikan buatan sendiri. Jika bebola ikan menjadi pilihan, kami mencadangkan anda menggunakan isi ikan selayang atas faktor kemanisan yang dimilikinya.

Bagi mendapatkan rasa kuah yang manis, rahsianya ialah bawang-bawang perlu dikisar dan dilebihkan. Elak menggunakan bawang tumbuk untuk rasa yang lebih menyengat.

Mee Rebus Terengganu

Gambar menggunakan bihun

Bahan kisar:

  • Bawang besar (2 biji)*
  • Bawang putih (5 biji)*
  • Halia (sedikit)*
  • Isi ayam
  • Sayur-sayuran
  • Lada hitam - tumbuk kasar atau serbuk
  • Cili padi - diketuk
  • Telur
  • Garam
  • Bihun atau mee - boleh celur atau terus masakkan sekali dalam kuah

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bahan kisar*. Masukkan air (bergantung pada kuantiti kuah diingini) dan isi ayam.

2. Masukkan serbuk lada hitam. Apabila telah mendidih, masukkan pula sayur-sayuran, cili padi, telur dan garam.

Tips: Pemilik resepi celur bihun kerana mahu terus dihidangkan serta untuk dinikmati sedikit lewat. Boleh juga jika mahu masukkan terlebih dahulu mee atau bihun semasa masak.

mee rebus terengganu

Kredit: Shai Anne Ahemed (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Haniza Ishak [1, 2]

Sumber informasi:

Insyirah Hasim [1, 2]

Murahkan Rezeki Sabreena [1, 2]

Shai Anne Ahemed [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)