Oleh pada 05 Sep 2018 kategori

Bahan-bahan:

1. Noodle wantan

Cara penyediaan: Ceraikan, celur 3 minit dan toskan.

2. Wantan

Bahan-bahan

  • kulit wantan
  • isi ayam (dipotong dan dikisar hancur)
  • lada sulah - lada hitam
  • garam & gula secukup rasa
  • daun sup & daun bawang ala-ala sahaja

Cara penyediaan:

  1. Gaul semua bahan di atas sampai cantik.
  2. Bungkus dengan wantan skin.
  3. Goreng sehingga garing.

3. Ayam

Cara penyediaan:

  1. Rebus air halia.
  2. Ayam digaramkan dan masukkan dalam air rebusan. Biarkan mereka direbus. Tips: Jangan buang air rebusan.
  3. Setelah ayam siap direbus, angkat.
  4. Gaul bersama kicap, sos tiram dan sos cili. Tips: Semua ni perlu dilakukan secukup rasa. Janji hitam ayam jadi cantik, rasa pun sedap.
  5. Goreng ayam tersebut.

4. Sop bodo

Cara penyediaan:

  1. Tumis sedikit bawang dan halba campuran untuk bau-bau sup. Selepas sudah naik bau, tuang air rebusan tadi dalam tumisan tersebut.
  2. Agak-agak sudah cukup garam dan rasa, masukkan bebola.

5. Kicap untuk mee

Bahan-bahan:

  • 2-3 sudu kicap manis lemak masin dan kicap pekat. Tips: Kalau tiada kicap pekat, campur sahaja kicap tersebut dengan sos tiram 
  • sos cili
  • lada hitam atau putih

Sumber: Lely Shuhada Shaari




Hakcipta iluminasi.com (2017)