Lokching atau juga dipanggil sebagai sate ikan merupakan antara juadah yang terkenal di Kelantan. Ia kebiasaannya berbentuk kembung dan lembut.
Untuk resepinya pula, bawang besar yang digunakan ialah bawang Holland. Selepas digoreng, lokching boleh dibakar menggunakan dapur gas.
Lokching
Bahan-bahan:
- Isi ikan selayang/sardin (500gm) - mentah
- Tepung ubi kayu/tepung kanji (200gm)
- Bawang besar (1 biji)
- Garam (1 sudu besar)
- Serbuk penaik (1 sudu besar)
- Soda bikarbonat (1 sudu kecil)
- Perisa (sedikit) - pilihan
- Air (sedikit) - untuk kisar ikan
Cara-cara penyediaan:
- Kisar isi ikan bersama bawang besar dan air.
- Ayak tepung ubi, serbuk penaik dan soda bikarbonat.
- Gaul bahan kisar bersama bahan yang telah diayak.
- Bulat-bulatkan. Jika adunan agak lembik, boleh tambah lagi sedikit tepung ubi.
- Goreng sebentar.
- Sedia untuk dibakar.
Sos manis
Bahan-bahan:
- Bawang putih (4 ulas) – dikisar lumat (pilihan)
- Air (1 ½ cawan)
- Tepung ubi kayu/tepung kanji (1 sudu besar) – dibancuh dengan air (2 sudu besar)
- Gula (4 sudu makan)
- Garam (½ sudu makan)
- Serbuk perasa (sedikit)
- Pewarna merah (sedikit)
Cara-cara memasak:
- Tumiskan bawang putih dalam periuk (tanpa minyak).
- Masukkan air.
- Masukkan gula, garam, serbuk perasa dan pewarna merah. Kacau.
- Masukkan tepung kanji yang telah dibancuh. Kacau sehingga mendidih dan sedikit pekat.
- Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.
Nota: Untuk sos pedas, perlu tambah cili kering yang telah dikisar atau cili boh.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: Aishah Toke Kek [1, 2]
Sumber informasi: