Oleh pada 02 Jan 2021 kategori

Kek tapak kuda asalnya menggunakan sapuan kacang hazel tulen dan kurang manis. Kini, ia dicampur dengan coklat untuk mengurangkan kos perbelanjaan.

Di Brunei, terdapat juga perisa durian dan tapak gajah iaitu kek tapak kuda yang bersaiz lebih besar. Sebagai cadangan, versi gulung kek ini juga boleh dihasilkan untuk lebih kreatif.

Kek Tapak Kuda

Bentuk sebenar kek tapak kuda adalah berbeza dengan gambar

Bahan-bahan:

  • Kuning telur (10 biji)
  • Putih telur (5 biji)
  • Gula kastor (225g)
  • Tepung gandum atau tepung Hong Kong (110g)
  • Ovalette (½ sudu makan)
  • Mentega cair (135ml)
  • Susu tepung (10g) - sebarang jenama
  • Serbuk penaik (½ sudu makan)
  • Esen vanila (½ sudu makan)
  • Coklat emulco (½ sudu makan)
  • Coklat Nutella atau pes kacang hazel

Cara-cara penyediaan:

  1. Pukul gula dan telur sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul lagi.
  2. Masukkan tepung gandum, susu tepung dan serbuk penaik. Pukul rata.
  3. Masukkan mentega dan esen vanila.
  4. Asingkan separuh adunan. Untuk perasa coklat (masukkan emulco), dan separuh lagi biarkan plain (masukkan dalam piping bag).
  5. Masukkan dalam loyang adunan coklat dahulu. Ratakan kemudian baru masukkan adunan plain dengan cara jalurkan perlahan sehingga menutup adunan coklat.
  6. Bakar 180c-200c selama 20-25 minit.
  7. Sejukkan, terbalikkan kek (plain di bawah) dan sapu Nutella atau pes coklat di atas yang warna coklat tadi.
  8. Lipat dua kek tadi menggunakan plastic wrapping dan sejukkan dalam peti ais. Siap.  

Nota: Resepi ini berasal dari Brunei.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Wanie Saif [12

Sumber informasi:

1. Hamidah Mohd Salleh [1, 2]

2. Raysha Qisda [1, 2]

3. Aryn Locos [1, 2]

4. Homely Trading [1, 2]

5. Leza Naim [1, 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)