Biskut arab merupakan antara biskut kesukaan ramai di musim hari raya Aidilfitri.
Ia agak berlainan dengan adunan biskut lain, dimana biskut arab asli menggunakan 100% minyak sapi dalam adunannya.
Namun begitu, adunan biskut arab sekarang telah diubahsuai dengan campuran minyak sapi dan mentega.
Untuk resepi dibawah, mentega tidak diletakkan bagi mengekalkan keaslian rasa biskut arab itu sendiri.
Namun, terpulang kepada anda untuk memilih biskut arab mana yang lebih menepati selera anda.
Biskut Arab
Bahan-bahan:
- Tepung gandum (2 cawan)
- Gula kastor (1/2 cawan) - boleh juga guna gula biasa, tetapi biskut jadi sedikit keras
- Minyak sapi (secukupnya )
- Susu tepung - untuk salut
Cara penyediaan:
1. Campur tepung dengan gula.
2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
Tips: Letak minyak sapi lebih sedikit pun tidak mengapa.
3. Bentukkan dan bakar selama 25 minit dengan suhu 160.
Resepi Bonus: Biskut 4 Bahan
Bahan-bahan:
- Tepung jagung (2 cawan)
- Susu pekat manis (separuh cawan) - pemilik resepi tidak mahu terlalu manis, jika mahu manis letak 1 cawan
- Batter - separuh Buku sahaja - dicairkan
- Minyak sapi (4 sudu kecil)
Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan di atas.
2. Gaul rata-rata dan uli menjadi doh.
3. Kemudian, terpulang mahu buat bulat atau diacukan. Bakar dan siap.
Nota:
✔ Resepi ini biasanya dibuat menggunakan 2 bahan sahaja, namun pemilik resepi menukarnya kepada 4 bahan.
✔ Pemilik resepi menukar sedikit rasanya. Rasanya enak seperti biskut arab.
Sumber: