Kek keju hangus Basque (Basque burnt cheese cake) merupakan inovasi kepada versi asasnya terdahulu yang kosong. Kini, ia menjadi semakin terkenal dan unik kerana rupanya yang hitam serta dibakar hangus.
Ia menampilkan gabungan kulit pastri yang rangup dan keju krim (cream cheese) yang lembut. Malah, rasa terbakar yang ada pada kek serba ringkas ini menambahkan lagi kelainannya.
Kek Keju Hangus Basque (Basque Burnt Cheese Cake)
Bahan-bahan:
- Keju krim (cream cheese) jenama Royal Victoria (2kg) - dikeluarkan dari peti sejuk sejam awal
- Telur gred A (14 biji)
- Tepung gandum (60gm)
- Gula halus (600gm)
- Esen vanila (2 penutup)
- Krim putar (whipping cream) (1 liter) - dipukul kental terlebih dahulu
Cara-cara penyediaan:
- Pukul whipping cream sehingga kental dan ketepikan. Masukkan semula dalam peti ais.
- Adun cream cheese dengan gula halus sehingga sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji berserta esen vanila.
- Kemudian, masukkan tepung gandum dan adun sebati.
- Akhir sekali, masukkan pula whipping cream yang telah disimpan dalam peti ais tadi. Adun sekadar sebatikan sahaja.
- Untuk loyang 6 inci, adunan ini menghasilkan sebanyak anggaran 8 biji kek. Alaskan parchment paper pada loyang. Anggaran sebelum bakar untuk sebiji kek lebih kurang 550gm.
- Bakar pada suhu 200'c selama 45 minit. Kemudian, tukarkan suhu kepada 170'c selama 15 minit.
- Sejukkan dalam peti ais selama 2 jam sebelum dihidangkan.
Tips:
- Sebelum membuat semua ini, sila panaskan ketuhar terlebih dahulu. Gunakan api atas bawah.
Menu ini juga boleh dibeli di Facebook Rehan's Homemade.
Sumber: