Emping jagung merupakan bijirin sarapan yang dihasilkan dengan membakar empingan jagung. Pencipta bijirin ini ialah John Harvey Kellogg pada tahun 1894 sebagai sebuah idea makanan yang disangkakan sesuai untuk para pesakitnya di Sanitarium Battle Creek, Michigan, Amerika Syarikat.
Bijirin sarapan ini terbukti disukai para pesakitnya. Oleh itu, Syarikat Kellogg ditubuhkan untuk memasarkan produk ini secara meluas kepada pelanggan. Proses pembuatan bijirin ini akhirnya telah dipatenkan pada tahun 1896.
Emping jagung merupakan produk sereal yang dibungkus dan terbentuk dari empingan jagung kecil yang dibakar. Ia lazimnya disediakan sejuk bersama susu dan gula. Sejak pengeluaran asal mereka, emping jagung telah diperisakan dengan rasa garam, gula dan malt.
Kali ini kami akan berkongsikan resepi biskut raya yang biasanya akan menjadi antara yang akan 'licin' terlebih dahulu, iaitu cornflakes coklat.
Sesiapa sahaja pasti menyukainya terutamanya golongan kanak-kanak. Tambah menarik lagi, resepi ini hanya menggunakan 3 bahan sahaja.
Cornflakes Coklat Rangup Tanpa Bakar
Bahan-bahan:
- Coklat masakan (500g)
- Cornflakes (500g)
- Mentega kacang kasar Lady's Choice (sebotol besar)
Cara penyediaan:
1. Masukkan coklat masakan dan mentega kacang ke dalam kuali. Kemudian, kacau dengan api yang perlahan. Pastikan sentiasa kacau untuk mengelakkannya dari hangit.
2. Apabila bahan telah sebati dan terdapat gelembung-gelembung keluar, baru masukkan cornflakes dan kacau rata.
3. Masukkan ke dalam cup comel-comel.
4. Kemudian, boleh simpan di dalam tupperware.
Nota:
➡ Tidak perlu simpan di dalam peti sejuk. Coklat akan kering dengan sendiri.
➡ Biasanya pemilik resepi menggunakan coklat Beryl's. Namun, beliau menggunakan coklat seperti di atas kerana hanya satu adunan sahaja yang mahu dibuat. Rasanya tetap enak.
➡ Jika mahu tabur kekacang atau manik warna-warni pun boleh. Ikut kreativiti masing-masing. Pemilik resepi suka yang original sebegini.
Tips:
✔ Coklat boleh dicairkan menggunakan teknik double boil atau masukkan sahaja dalam microwave. Namun, penggunaan microwave adalah lebih mudah dan pantas. Namun, pastikan suhu yang digunakan sederhana sahaja dan panaskan selama 3 minit. Setiap seminit, anda cuba tengok sama ada coklat sudah cair atau tidak dengan cara menggaulkannya. Suhu jangan terlalu panas, jika tidak coklat akan kering.
✔ Pastikan coklat sejuk sebelum dicampurkan bersama cornflakes untuk mengelakkan cornflakes anda lembik dan lemau. Jangan risau kerana coklat tidak akan keras semula dalam masa terdekat kerana anda telah campurkan coklat dengan mentega. Coklat boleh dibiarkan sejuk dalam 20 minit sahaja. Jangan dibiarkan selama berjam-jam pula ya.
✔ Jangan sesekali biarkan coklat terkena air.
✔ Selepas masukkan cornflakes ke dalam papercup, boleh terus masukkan ke dalam peti ais selama 5 minit. Ini jika anda tidak rajin untuk tunggu sehingga coklat keras. Jadi, boleh masukkan terus dalam peti ais, tidak sampai 5 minit cornflakes dan coklat akan keras. Jangan sejukkan terlalu lama, jika tidak cornflakes akan lemau.
✔ Setiap adunan ni akan dapat dalam 70-80 biji. Bergantung kepada cara dan kuantiti yang anda masukkan ke dalam papercup.
✔ Anda disarankan untuk menggunakan cornflakes jenama Nestle kerana lebih nipis dan lazat berbanding yang lain.
Sumber: