Mentega boleh ditukar menggunakan Planta. Sukatannya sama, cuma tepung sahaja perlu pandai agak-agak tidak lembut dan tidak keras.
Gula aising boleh digantikan dengan gula halus atau gula kastor. Tempoh bakar adalah mengikut ketuhar masing-masing, perlu tengok jika sudah perang.
Biskut Aiskrim
Bahan-bahan:
- Mentega (1 ketul/250g)
- Gula aising (1 cawan)
- Kuning telur (1 biji)
- Tepung gandum (3 cawan+) - tambahkan sedikit-sedikit tepung sehingga tidak melekat di tangan
- Tepung jagung (3 sudu besar)
- Tepung kastad (2 sudu besar)
- Susu tepung (2 sudu besar)
- Perisa vanila - tidak wajib
Hiasan:
- Coklat masakan
- Chocolate rice
Cara-cara penyediaan:
- Kacau mentega , gula, telur dan vanila. Kacau menggunakan senduk sehingga sebati sekejap sahaja. Jangan gunakan pengadun, nanti ia kembang.
- Masukkan semua tepung-tepung yang diayak dan susu tepung. Tambahkan sedikit-sedikit tepung gandum jika adunan masih lembik sehingga boleh kepal tidak melekat di tangan. Pastikan doh tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras, sedang-sedang sahaja.
- Setelah doh sudah siap, boleh tekap menggunakan acuan aiskrim. Bakar mengikut suhu ketuhar masing-masing sehingga masak. Pemilik resepi menggunakan 180' api atas bawah, buka kipas (on fan).
- Setelah masak, sejukkan. Boleh celupkan bahagian atas dengan coklat dan hiasan chocolate rice. Biar coklat keras dan boleh susun dalam balang.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.