Oleh pada 02 Mar 2019 kategori

Bubur lambuk atau lambut adalah sejenis sajian tempatan yang sangat popular ketika bulan Ramadhan. Ia lazimnya dimasak secara bergotong-royong di masjid supaya dapat diberikan kepada para jemaah sebagai hidangan berbuka puasa.

Bubur lambuk diperbuat daripada beras dengan campuran rempah dan sayuran pucuk paku miding.

Di Terengganu, selain daripada bahan biasa, kadang-kadang kerepok keping mentah dan budu turut dimasukkan untuk menambah perisa. Selain itu, ubi keledek, udang kering dan lain-lain juga dimasukkan.

 

Bubur Lambuk Ala Chinese Style

 

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Air
  • Serai (3 batang) - diketuk
  • Halia - dipotong mayang
  • Isi ayam - dipotong kecil-kecil
  • Udang - dipotong kecil-kecil
  • Sotong - dipotong kecil-kecil
  • Santan (sedikit)
  • Garam
  • Lada hitam
  • Perencah ayam Maggi (sedikit)
  • Minyak sapi (sedikit) - optional
  • Minyak masak
  • Cili besar hijau dan merah - dipotong halus dan dibuang biji
  • Daun sup - dipotong halus 
  • Daun bawang - dipotong halus

 

  • Bawang merah - dihiris halus*
  • Bawang putih - dihiris halus*
  • Halia - dihiris halus*
  • Lobak masin - dihiris halus*

   

Nota: Untuk bahan-bahan (berhuruf condong) di atas, kuantitinya agak-agak sahaja.

 

Cara penyediaan: 

1. Masakkan beras yang dicampur dengan air.

Tips: Masak seperti mahu buat kanji (lebihkan air).

2. Masukkan serai , halia, Isi ayam, udang dan sotong apabila nasi telah mendidih. 

3. Biarkan nasi menjadi bubur.

4. Letakkan santan.

5. Masukkan garam, lada hitam dan perencah ayam Maggi .

6. Sambil itu, sediakan bawang merah, bawang putih, halia dan lobak masin. 

7. Panaskan kuali. Tuangkan minyak sapi dan tambah minyak masak biasa. 

8. Goreng bahan hirisan sehingga garing. Curah semuanya ke atas bubur lambuk tadi. Kacau sebati. 

9. Masukkan cili besar hijau dan merah, daun sup dan daun bawang ke dalam bubur. Kacau sebati dan boleh dihidangkan.

 

Nota: Jika mahu letak daging juga boleh. Potong halus-halus daging dan masukkan dalam nasi di awal anda masak tadi. 

 

Cili potong

 

Bahan-bahan:

  • Cili padi - dipotong kecil-kecil
  • Bawang putih - dipotong halus
  • Kicap cair

bubur lambuk chinese style 1

Hidangan bubur yang cantik dan menceriakan mampu membuka selera

 

Nota:

✔ Jangan sesekali makan selepas baru masak. Tunggu sejuk sedikit supaya tidak 'melebur'.

✔ Pemilik resepi telah menggunakan resepi ini hampir 20 tahun pada bulan Ramadhan dan juga bulan biasa.

✔ Resepi ini milik ibu kepada seorang sahabat baik beliau yang sudah meninggal dunia. Al-Fatihah. Semoga perkongsian ini dapat memanjangkan pahalanya. 

 

Sumber:

1. Khadijah Alimuslim [12]

2. Wikipedia Bubur Lambuk




Hakcipta iluminasi.com (2017)