Oleh pada 24 Sep 2018 kategori

Kredit foto: Hafiza Zanuddin

Kesedapan sup tulang memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Tidak hairanlah kedai makan siam tidak putus-putus dikunjungi orang untuk menikmati juadah popular dari negara Thailand ini.

Mari kami kongsikan resepinya supaya anda boleh memasaknya untuk dihidangkan bersama keluarga dan rakan-rakan. Memang terangkat habis.

Bahan-bahan kisar  

  • 8-10 biji bawang putih
  • 2-3 biji bawang merah besar
  • Halia 1-2 inci

Bahan-bahan rebusan tulang

  • tulang 3kg
  • cuka 2-3 sudu (untuk daging cepat empuk)
  • sup bunjut tulang
  • halia 1-2 inci (dihiris nipis)

Bahan bahan lain

  • batang saderi (potong 1 inci)
  • daun ketumbar (potong ½ inci)
  • 3-5 batang kayu manis
  • 3 biji pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 sendok sos ikan (8-10 sudu)
  • 3-5 biji limau nipis diperah (kalau suka masam, boleh lebihkan lagi)
  • 20-25 biji cili api merah diketok (kalau nak lebih pedas, boleh lebihkan)
  • 1 biji bawang holland (potong dadu/potong 4)
  • 3 batang serai
  • 3 sudu rempah sup (bancuh dengan air)

sup tulang ala kedai makan siam 1

Cara-cara masak:

  1. Rebus tulang dalam periuk. Air agak-agak sampai tulang semua tenggelam. Masukkan hirisan halia, cuka dan sup bunjut. Rebus sampai dagingnya empuk.                                                                                                       sup tulang ala kedai makan siam 2
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis semua bahan kisar dan campakkan kayu manis, pelaga dan bunga lawang.
  3. Bila daging sudah empuk, masukkan bahan tumisan dalam periuk rebusan tulang tadi.
  4. Masukkan cili api, bawang holland, serai, batang saderi, sos ikan dan perahan limau nipis. Kacau sebati.
  5. Masukkan bancuhan rempah sup. Kemudian perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Akhir sekali, tabur hirisan daun ketumbar ke dalam sup. Siap.

sup tulang ala kedai makan siam 3

Sup Tulang Ala Siam Versi Mek Opie

Tips: Tomato tidak dimasukkan kerana ia memendekkan jangka hayat sup. Tapi jika anda suka, boleh tambah tomato.

Sumber: Sofia Sarlinie




Hakcipta iluminasi.com (2017)