Oleh pada 17 May 2020 kategori

Biskut arab suji merupakan sejenis biskut raya yang hanya menggunakan empat bahan sahaja dan tidak menggunakan minyak sapi.  Untuk kelihatan lebih menarik, ia boleh diletakkan dalam paper cup setelah siap.

Bulatkan sebesar ibu jari dan jarakkan sedikit sahaja sebelum dibakar. Biskut akan mengembang sedikit sahaja dari saiz asal apabila dibakar.

Biskut Arab Suji

Bahan-bahan:

  • Minyak masak (1 cawan)
  • Gula aising (1/2 cawan)
  • Tepung gandum (4 cawan)
  • Susu tepung (secukupnya) - sebarang jenama

Cara-cara penyediaan: 

  1. Campurkan semua bahan kecuali tepung susu. Uli sehingga tidak melekat pada tangan. Jika lembik, tambahkan sahaja tepung gandum. 
  2. Bahagikan kepada tiga bahagian. Satu bahagian letakkan pewarna merah dan satu bahagian letakkan pewarna hijau. Jika tidak letak pewarna juga boleh. Namun, biskut akan menjadi pucat (putih). 
  3. Uli lagi sehingga warna sekata. Setelah siap diuli, ambil secubit-secubit adunan tadi dan bulatkan.
  4. Bakar pada suhu ketuhar masing-masing. Untuk pemilik resepi, lebih kurang 15-20 minit.
  5. Setelah siap dibakar, tunggu ia suam-suam sejuk dahulu. Jika masih panas, biskut ini sangat lembut dan akan hancur. Kemudian, barulah golekkan dalam susu tepung. Siap.

biskut arab suji 2

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: SyAh Reen [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)