Oleh pada 26 May 2019 kategori

Biskut bebola kristal adalah sejenis biskut yang menampilkan keringkasan dari segi rupa.

Namun begitu, ia tetap mempunyai daya tarikannya yang tersendiri kerana terdiri dari beberapa warna.

Biarpun mempunyai bentuk bulat kosong, tetapi ia kaya dari segi rasa.

 

Biskut Bebola Kristal 

 

Bahan-bahan:  

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Gula aising (1/2 cawan)
  • Susu tepung (2 sudu besar) - optional
  • Minyak sapi (3/4 cawan) - dicairkan
  • Pewarna merah dan hijau
  • Mangkuk kertas
  • Gula kastor

 

Cara-caranya:  

1. Satukan tepung, gula aising dan susu tepung ke dalam mangkuk besar

2. Cairkan minyak sapi, dan masukkan ke dalam mangkuk berisi tepung ketika keadaan minyak sapi masih suam-suam panas. Jangan biar sehingga minyak sapi sejuk.

3. Gaul menggunakan whisker atau senduk kayu dahulu. Kemudian barulah menggunakan tangan.

4. Ul isampai menjadi doh. Rupa doh yang sudah siap akan sedikit berminyak, jangan risau kerana sekiranya doh langsung tidak lekat di tangan ini bermakna keadaan doh sudah elok.

5. Sekiranya mahukan biskut yang gebu, sukatan yang di berikan sudah elok.

6. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. 1 warna asal, 1 warna merah dan satu lagi warna hijau.

7. Bentukkan bulat dan susun ke atas dulang.

8. Bakar dengan menggunakan suhu 160 C selama 15-20 minit,

9. Selepas dibakar, golekkan ke dalam gula kastor semasa keadaan biskut masih suam-suam panas.

10. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk kertas.  

 

Nota : 

✔ Untuk sukatan minyak sapi, jangan sukat padat ke dalam cawan, cukup setekat penuh paras sukatan tetapi masih ada ruang-ruang kosong di dalam cawan. 

✔ Untuk mendapatkan saiz doh sama besar, bulat-bulatkan dahulu setiap warna sebesar jari kelingking (sehingga garis jari), kemudian gabungkan ketiga-tiga warna barulah hasilnya menjadi sama besar. Apabila di bakar, saiz biskut akan berkembang lagi. 

✔ Sekiranya saiz jari agak kecil, boleh di tukarkan ukur menggunakan jari manis. Digalakkan ada pembantu sekiranya adunan banyak kerana agak banyak dan lama untuk menggentel.

 

Sumber:

1. ShEra ShazEira [12]

2. Resepi Makanan (resepi-tanpa-sempadan.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)