Oleh pada 08 Sep 2018 kategori

Ayam Masak Merah alaala Utara

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam dipotong mengikut citarasa.  Tips: Untuk tujuan berniaga, boleh dipotong 12.
  • Ayam dibersihkan, digaramkunyit dan digoreng. Tips: Jangan goreng terlalu lama, nanti keras.

Bahan-bahan tumis

  • Setengah biji bawang besar dipotong nipis
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji cengkih

Bahan-bahan dikisar

  • 20 biji cili kering dipotong, direbus dan dikisar halus*. Tips: Jika suka pedas, boleh guna 25-30 biji cili kering.
  • 2 biji bawang besar *
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 batang serai *
  • 1cm halia *
  • 2cm lengkuas*

* semua bahan-bahan ini dikisar halus 

  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 tin kecil kacang peas

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris nipis tadi. Setelah layu, baru masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Goreng sebentar dan terus masukkan bahan-bahan kisar.

2. Gaul rata dan masukkan tomato puri. Dimasak sampai pecah minyak dan biarkan sedikit kering. Tips: Periuk perlu sentiasa ditutup kerana masakan ini merecik.

3. Masukkan ayam dan santan pekat. Gaul rata. Masukkan gula dan serbuk secukup rasa. Biarkan mendidih. Perlahankan api sebentar.

4. Biarkan kuah ayam sampai berminyak baru tutup api. Masukkan kacang peas hijau sebagai hiasan.

Tips: Hidangan ini sangat sesuai dimakan dengan apa-apa jenis nasi seperti nasi tomato.

Sumber: Makcik Ratu




Hakcipta iluminasi.com (2017)