Oleh pada 28 Apr 2022 kategori

Kali ini kami ingin kongsikan bersama anda resipi kebanggaan rakyat negeri Pahang. Ikan patin yang banyak terdapat di Sungai Pahang ini adakalanya boleh mencecah hingga ratusan ringgit sepinggan jika siap dimasak. Setiap kali berkunjung ke negeri Pahang, pastinya orang akan tercari-cari menu ini.

Kini, anda boleh cuba sendiri memasak hidangan ini di rumah. 

Bahan – bahan yang diperlukan

  • 1 ekor ikan patin
  • 1 senduk tempoyak
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 10-15 biji cili padi
  • 3cm kunyit hidup
  • Garam dan Gula secukup rasa

tempoyak patin

Cara – cara menyediakannya:

  • Kisarkan tempoyak, cili padi dan kunyit bersama sedikit air.
  • Panaskan periuk dan tuangkan bahan yang dikisar.
  • Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Biarkan mendidih.
  • Masukkan ikan patin, garam dan gula secukup rasa. Terbalikkan ikan satu atau dua kali sahaja sekiranya perlu. Biar sehingga ikan masak.
  • Sedia dihidangkan.

Lazimnya menu ini sesuai dihidangkan bersama nasi putih panas-panas. Selepas ini anda tidak perlulah ke negeri Pahang semata-mata untuk menikmati masakan ini. Mudah, cepat dan boleh disediakan oleh sesiapa sahaja.

Selamat menjamu selera!




Hakcipta iluminasi.com (2017)