Ambuyat merupakan sejenis hidangan yang berasal dari bahagian batang dalam sagu sawit. Ia adalah bahan berkanji yang hambar sama dengan ubi kanji.
Ambuyat ialah sejenis makanan tempatan di Brunei, serta Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri-negeri Malaysia seperti Sarawak dan Sabah di mana ia kadangkala dikenali sebagai linut.
Ambuyat dimakan dengan garpu buluh yang dipanggil candas, dengan menggolekkan kanji sekitar mata garfu dan kemudian mencelupkannya ke dalam sos, di mana terdapat banyak jenis.
Terdapat hidangan yang sama di timur Indonesia dipanggil papeda.
Ambuyat
Bahan-bahan:
- Sagu - dibeli di kedai runcit
- Tepung jagung
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan sagu dalam blend kering.
2. Kisar sehingga hancur.
3. Masakkan atas dapur menggunakan api perlahan dan tunggu sehingga sagu tersebut kental.
Sambal
Bahan-bahan:
- Cili padi
- Bawang merah
- Belacan
- Ikan bilis
- Perahan limau
- Garam/ajinomoto
Nota:
✔ Pemilik resepi makan dengan sambal belacan sahaja. Untuk lebih lazat, boleh buat sup ikan dan ikan goreng.
✔ Resepi ini diolah sendiri oleh pemilik resepi. Asalkan ada sagu, dikira menjadi. Ketika resepi ini dibuat, tepung sagu tersebut sedang dipesan dari Sabah. Namun, disebabkan beliau tidak sabar mahu makan, bahannya ditukar sedikit.
Resepi Bonus: Ambuyat Versi Orang Perak
Bahan:
Sagu bulat-bulat (jenis besar)
Cara penyediaan:
Rendam sagu sehingga kembang. Kemudian, kisar dan tapiskan. Masak atas api sehingga jadi seperti dalam gambar.
Nota:
✔ Resepi ini direka kerana kesukaran untuk mendapat sagu segar yang hanya terdapat di Sabah atau Sarawak.
✔ Ia boleh dihidangkan dengan sambal belacan yang diperah dengan limau.
Sumber: