Oleh pada 29 Apr 2019 kategori

Acar merupakan sejenis sajian Malaysia yang terdiri daripada bahan-bahan yang dijeruk.

Sayur-sayuran keras, atau buah-buahan jeruk disatukan menjadi sebuah sajian yang tersendiri.

Terdapat acar yang dimasak, sementara terdapat acar yang dihasilkan seperti gaya rojak atau salad.

Acar lazimnya dibuat sebagai lauk sampingan untuk sajian nasi, contohnya nasi putih, nasi minyak atau nasi beriani.

Oleh kerana terdapat banyak pengaruh hidangan kaum di Malaysia, acar telah berkembang dan meranting mengikut variasi kaum, terdapat banyak jenis acar, mengikut citarasa kaum masing-masing.

Sajian acar berasal dari sajian dari Benua Kecil India, yang dikenali sebagai Achar.

Barangkali sajian ini dibawa oleh pedagang dan perantau daripada India sebagai makanan bekal, disebabkan acar dapat disimpan lama (dijeruk).

Dikatakan sajian acar di Malaysia merupakan versi tempatan sajian acar Muhglai.

Adaptasi sajian Mughlai dapat diperhatikan juga dengan sajian-sajian lain seperti roti canai, kurma dan kari.

Terdapat pelbagai variasi acar di Malaysia. Secara kasarnya, acar dapatlah dibahagikan kepada dua kategori iaitu acar mentah dan acar masak.

Untuk resepi kali ini, kami akan berkongsikan kategori acar mentah dimana acar-acar dari jenis ini dibuat langsung dari jeruk dan disajikan, tanpa perlu dimasak.

Contoh acar mentah ialah acar timun dan jelatah.

Acar timun merupakan hidangan Melayu yang selalu disajikan dengan nasi minyak.

 

Acar Timun

Kredit foto: Asyifa Syahidah (Gambar bukan menggunakan resepi dibawah)

Bahan A:

  • Lobak - dibuang kulit dan dipotong memanjang, seperti lidi mancis
  • Timun - tidak perlu dibuang kulitnya

➡ Dipotong beberapa bahagian dan bahagian yang dipotong dikerat kepada 4 bermaksud tengahnya itu dibuang jangan digunakan. Kemudian, dipotong memanjang seperti lidi mancis.

  • Bawang kecil dan bawang putih - dibuang kulitnya dan dibiarkan sebiji-sebiji
  • Cili merah dan hijau - dibelah, jangan putus
  • Halia - dimayang, dipotong seperti lobak dan timun juga
  • Biji sawi (secukupnya)

 

Kesemua bahan-bahan di atas digaul rata dengan garam. Jangan terlalu banyak, nanti timun dan lobak tersebut masin pula. Dibiarkan nanti dengan sendirinya air akan keluar dari timun. Toskan airnya.

 

Bahan B (dikisar halus):

  • Cili kering - telah direbus dan dicuci bersih
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Kunyit hidup

 

Bahan C:

  • Cuka
  • Gula
  • Serbuk perasa - optional
  • Garam

➡ Jika perlu, jangan letak dahulu kerana garam telah digaul dengan Bahan A terlebih dahulu. Jika perlu, baru tambah.

 

Caranya :

1. Tumis Bahan B sehingga betul-betul garing.

2. Masukkan Bahan C dan masak sehingga pekat.

3. Masukkan Bahan A dan gaul rata. Tutup api.

 

Nota: Tumis perlu betul-betul garing, jangan letak air namun hanya cuka sahaja dan biar betul-betul pekat. Gaul dan tutup api. Insya-Allah tahan acar timun tersebut. Timun dan lobak merah pun rangup.

 

Sumber:

1. Shima Maz [1, 2]

2. Wikipedia [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)