Oleh pada 25 Jul 2019 kategori

Adolf Hitler mempunyai pelbagai rancangan radikal yang telah disediakannya untuk Eropah Barat sekiranya dia memenangi Perang Dunia Kedua. Namun, semua rancangan ini tidaklah begitu teruk jika dibandingkan dengan apa yang ingin dilakukannya terhadap Rusia dan Eropah Timur.

Perancangan yang disediakan untuk Rusia dan Eropah Timur adalah lebih kejam, tidak berperikemanusiaan dan mungkin layak dianggap sebagai rancangan gila. Salah satu dasar untuk mengembangkan regim Nazi adalah Lebensraum, satu penempatan baru untuk bangsa Aryan. Ia membentuk komponen penting dari 'Generalplan Ost' atau 'Rancangan Induk untuk Timur'.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Rancangan kejam untuk kesenangan bangsa Aryan

Dalam rancangan ini, semua penduduk asli Slavia akan diusir keluar atau dijadikan sebagai hamba. Ini termasuk penduduk Poland, Ukraine, Rusia dan mana-mana penduduk Slavia yang lain. Menurut ideologi Nazi, taraf bangsa Slavia ini adalah lebih rendah berbanding bangsa Aryan, kurang berperikemanusiaan dan boleh diperlakukan sebagai korban.

lebensraum

Dalam salah satu rencana Lebensraum, bangsa Aryan mempunyai hak untuk menghapuskan mana-mana keturunan kaum yang lebih rendah demi menyediakan ruang hidup untuk bangsa mereka yang unggul. 

Orang-orang Slavia di Eropah Timur harus dibasmi melalui penghambaan dan pengusiran secara besar-besaran hingga ke pergunungan Ural atau Siberia. Orang-orang Slavia juga mungkin akan mati kebuluran kerana penghasilan pertanian mereka akan digunakan untuk memberi makan orang-orang Jerman.

'Operasi Barbarossa' adalah rancangan Jerman untuk menceroboh Kesatuan Soviet dalam Perang Dunia Kedua. Fasa pertama operasi itu memfokuskan pencerobohan dan penjajahan wilayah sehingga ke 'garis umum Volga-Archangelsk'. Garis yang dikenali sebagai Garis A-A ini terbentang dari bandar pelabuhan Laut Putih Arkhangelsk di utara sehingga ke Sungai Volga di Astrakhan di Laut Kaspia.

Jajahan wilayah timur dan Kerajaan Reich

reichsleiter alfred rosenberg

Reichsleiter Alfred Rosenberg

Apabila tentera Jerman mara dan berjaya menawan negara-negara Eropah Timur, ia berada di bawah pengawasan Reichsleiter Alfred Rosenberg, Ketua Kementerian Reich untuk 'Jajahan Wilayah Timur'.

Rosenberg ialah ahli ideologi Nazi yang sangat berpengaruh. Dia dianggap sebagai salah seorang panglima penting Nazi dalam menyebarkan teori keunggulan bangsa Aryan dan penyokong pembinaan Lebensraum.

Dia menolak ajaran Kristian dan salah seorang perancang kepada kepercayaan Kristian Positif yang mencampurkan ketulenan perkauman menggunakan kepercayaan Kristian dan ideologi Nazi. Langkah ini dilakukannya untuk mengawal perasaan penganut Kristian Jerman semasa Nazi berkuasa.

kristian positif

Hitler merancang agar wilayah timur ini akan dibahagikan kepada empat "Reichskommissariat" atau "Kerajaan Reich", masing-masing ditadbir oleh seorang Reichskommissar. Rusia akan menjadi satu Komisariat tersendiri dan dikenali sebagai "Reichskommissariat Russland".

Ahli Tertinggi Nazi kemudian bimbang sekiranya wilayah-wilayah timur ini akan menjadi sukar untuk ditadbir. Oleh itu, Hitler menegaskan bahawa setiap Reichskommissar akan memberi laporan terus kepada dirinya sendiri.

Reichskommissariat yang akan dibangunkan oleh Rosenberg adalah:

Reichskommissariat Ostland (RKO):

reichskommissariat ostland

Kawasan ini termasuk negara-negara Baltik, Belarus dan beberapa bahagian Rusia Barat. Reichskommissariat ini telah diwujudkan untuk tempoh 1941 hingga 1944/45.

Reichskommissariat Ukraine (RKU):

reichskommissariat ukraine

Kawasan ini menggabungkan Ukraine (tidak termasuk Galicia Timur), Romania, wilayah yang dikuasai Romania dan Crimea. Ia kemudian dilanjutkan ke Sungai Volga. Reichskommissariat ini diwujudkan dari 1941 hingga 1944.

Reichskommissariat Don-Wolga:

Reichskommissariat ini tidak menjadi kenyataan tetapi ia bertujuan untuk merangkumi wilayah dari Laut Azov dan menjangkau hingga ke Republik Volga Jerman.

Reichskommissariat Moskowien (RKM):

serangan semasa eastern front ke atas moscow 1941 205

Serangan semasa Eastern Front ke atas Moscow 1941

Reichskommissariat ini juga tidak pernah diwujudkan tetapi ia bertujuan untuk merangkumi Moscow dan seluruh Rusia Eropah, tidak termasuk Karelia dan Semenanjung Kola yang dihadiahkan kepada Finland.

Reichskommissariat Kaukasus (RKK):

reichskommissariat kaukasus

Reichskommissariat ini tidak berjaya ditubuhkan sepenuhnya dan dihentikan pada tahun 1942-43. Ia bertujuan untuk merangkumi Rusia Selatan dan Caucasus.

Reichskommissariat Turkestan (RKT):

reichskommissariat kaukasus 707

Rancangan untuk Reichskommissariat ini telah ditangguhkan sepenuhnya. Ia bertujuan untuk merangkumi Republik Asia Tengah dan Turki.

Operasi Barbarossa

Sejarah telah menunjukkan bahawa kemaraan Jerman telah mencapai beberapa kemenangan besar dan berjaya menguasai beberapa kawasan ekonomi utama kepada Kesatuan Soviet seperti Ukraine.

operasi barbarossa 2

Peperangan di Barisan Timur terhenti ketika Pertempuran Moscow kerana cuaca dingin Rusia yang ekstrem telah membantu Tentera Merah (Soviet) dan memaksa tentera Jerman berundur. Tentera Jerman tidak dapat melancarkan serangan sebesar itu lagi terhadap Kesatuan Soviet.

Operasi Barbarossa telah menyebabkan berlakunya beberapa pertempuran paling sengit dan kejam dalam sejarah Perang Dunia Kedua. Tentera Jerman telah menawan sejumlah besar anggota Tentera Merah (dianggarkan sekitar 5 juta orang).

Kebanyakan tawanan ini tidak mendapat perlindungan tawanan perang di bawah Konvensyen Geneva. Mereka juga mengalami kebuluran di bawah Rencana Kebuluran yang merupakan sebahagian daripada rancangan Lebensraum untuk menghapuskan rakyat Slavia.

Rancangan gila Adolf Hitler

hitler plan to destroy moscow

Nyawa rakyat Slavik telah terselamat dengan kalahnya Jerman dalam Perang Dunia Kedua tetapi tidak sebelum mereka mengalami kesengsaraan yang tidak terperi. Dokumen yang ditemui selepas perang menunjukkan bahawa bukan sahaja rakyat Slavik akan dihapuskan tetapi Hitler juga mempunyai idea yang gila untuk Moscow.

Pada rancangan asal Hitler, Moscow akan dijadikan ibukota seluruh wilayah Eropah Timur. Namun, dia mengubah fikiran semasa Operasi Barbarossa sedang dijalankan. Dia takut bahawa penduduk Moscow akan memberontak dan memutuskan untuk memusnahkan seluruh bandar itu serta membunuh semua penduduknya.

Hitler juga merancang untuk memusnahkan Terusan Volga supaya bandar Moscow dibanjiri air dan berubah menjadi tasik buatan manusia yang terbesar.

Rujukan:

1. BBC

2. Thought Co.

3. History




Hakcipta iluminasi.com (2017)