Adolf Hitler adalah seorang manusia yang penuh dengan kebencian, paranoia dan tanggapan yang tak masuk akal mengenai apa yang mampu dicapai oleh negaranya jika Nazi Jerman menjadi kuasa antarabangsa.

Namun, dia juga agak licik dan cerdik, lelaki yang menggunakan anugerah yang dikurniakan kepadanya iaitu vokalnya untuk memukau rakyat Jerman yang lain.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tak lama selepas mengambil alih kuasa tertinggi, Hitler meyakinkan rakyatnya untuk menyertainya dalam apa sahaja yand dilakukannya.

Jadi, pada tahun 1939, Nazi telah menyerbu dan menceroboh Poland dalam skala yang sangat besar kerana Hitler berjaya meyakinkan yang lain bahawa Third Reich tak akan mampu dikalahkan sesiapa.

tentera nazi jerman

Hitler tahu bahawa kekuasaannya terletak pada keupayaannya untuk meyakinkan hampir semua orang. Kerana itu, dia tidak boleh membiarkan suaranya didengari dalam keadaan yang santai atau tersalah cakap.

Dengan kata lain, ketika mana dia tidak berucap di hadapan orang ramai, Hitler tak akan membenarkan sesiapa pun merakam percakapannya yang mana tidak kedengaran seperti seorang ketua tentera yang sangat tegas dan garang.

Terdapat banyak contoh di mana Hitler menyeru melalui mikrofon sambil menggenggam tangannya dan membuka tangannya ke langit seolah-olah memanggil kuasa Zeus.

hitler menyanyi

Namun, apa yang kurang diketahui adalah terdapat sekali di mana suara Hitler dirakam, yang mana tidak disedarinya dan juga pengikut Nazinya.

Dan rakaman tersebut kedengaran sangat berlainan daripada suara Hitler yang biasanya sangat lantang dan berani.

Individu yang membuat rakaman tersebut, Thor Damen, mungkin tak tahu dia telah mencipta sejarah dengan marakan pertuturan Hitler yang kedengaran sangat tenang dan jelas.

Thor Damen diberikan tugasan oleh majikannya, Yie Broadcasting, untuk merakam ucapan hari ulang tahun di satu majlis makan malam khas yang diadakan dalam kereta api persendirian pada Jun 1942, di Imatra, selatan Finland.

adolf hitler berucap di reichstag 4 may 1941

Dalam majlis itu, Hitler bertemu dengan Marshall Carl Gustaf Emil Mannerhiem, komander Finland yang merupakan pemilik kereta api tersebut.

Semua yang hadir termasuk Hitler tahu bahawa ucapan tahniah tersebut dirakamkan namun apa yang semua orang tak tahu adalah Thor meninggalkan mesin perakam dalam mod merakam, sekaligus merakam perbualan di antara Hitler dan Carl Gustaf selama 11 minit.

Butiran mengenai perbualan Hitler dan Mannerheim

Hitler sangat mahukan Finland, yang mana masih merupakan sebuah negara neutral pada tahun 1942, sebagai sekutu aktif menentang Rusia.

Mengetahui hal ini, Komander Carl Gustaf berasa benci untuk memberikan gambaran kepada rakyat Finland bahawa dia menjadi tuan rumah kepada Hitler dalam acara sosial.

adolf hitler carl gustaf emil mannerheim dan risto ryti di hadapan pesawat peribadi hitler 248

Oleh itu, Carl Gustaf menghantar kereta apinya ke Immola Airfield, di mana dia dan beberapa orang anggota kerajaan termasuk Presiden Finland, Risto Ryti, mendengar dengan teliti ketika mana pemimpin Jerman itu menyalahkan semua orang di sekelilignya, termasuk cuaca, kerana mempengaruhi perang.

Sekiranya Hitler tidak berada di majlis makan malam itu dengan agenda bagi memujuk Finland untuk bergabung dengannya dalam pertempuran dengan Rusia, kemungkinan besar pita rakaman itu tidak akan wujud.

Ia adalah satu-satunya rakaman suara Hitler yang "biasa" dan normal, yang masih kekal sehingga hari ini.

Dalam perbualan itu, kedua-dua pemimpin itu membincangkan banyak aspek pencerobohan Jerman termasuklah bagaimana Jerman mengalahkan Itali di Afrika Utara, bagaimana Operasi Barbarossa gagal dan banyak lagi.

Melalui perbualan ini, pasti anda dapat mendengar dengan jelas keterdesakan apabila Hitler menceritakan kekalahannya dan menyalahkan semua orang dan semua benda untuk kegagalannya.

bahagian dalam kereta api di mana adolf hitler dan cge mannerheim bertemu pada 4 jun 1942 di sastamala finland

"Kami tidak faham betapa kuatnya negeri ini (USSR)," Hitler memulakan perbualan tersebut. Beliau bercakap mengenai 35,000 kereta kebal yang telah dimiliki oleh Tentera Merah, sementara Carl Gustaf menyuarakan dengan komen yang sangat neutral, seperti "benarkah?"

Dia tak akan berada dalam posisi sulit ini jika ada yang memberitahunya tentang keadaan sebenar.

"Dua tahun lalu hanya terdapat beberapa ratus kereta kebal sahaja. Hari ini, ada kilang kereta kebal di mana boleh memerulukan sehingga 60,000 orang pekerja,".

Hitler terus memberikan alasannya dan menyalahkan orang lain. Dia juga melancarkan kritikan terhadap Presiden Finland, dengan berkata, "Saya memberitahu presiden sebelum ini, saya tak tahu, tapi saya akan ambil posisi untuk menyerang juga kerana tak ada kemungkinan yang lain. Ketika itu musim sejuk tahun 1939, saya mimpi buruk, tapi ada banyak lagi,".

Daripada sini kita boleh dengar suara Hitler menunjukkannya dia sedang berada dalam keadaan takut, yang mana sangat jarang berlaku di mata awam.

carl gustaf mannerheim

Mendengar Hitler bercakap adalah satu pengalaman yang menakutkan dan mungkin boleh menghantui anda. Kebanyakan daripada dunia telah mendengar ucapan politiknya dan serangan lisan tentang apa yang patut Jerman berhak dapat.

Tetapi mendengar suaranya dalam perbualan seharian adalah sangat berbeza. Ia memberikan gambaran bahawa Hitler lebih kepada seseorang yang taksub dengan kuasa mereka sendiri dalam pakaian seragamnya. 

Dia cuba mengambil alih dunia, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana dunia mengambil alih dia. Akhirnya dia mengambil jalan pengecut daripada kesakitan yang dicetuskannya dengan membunuh diri dan meninggalkan pembantu-pembantunya yang masih hidup untuk menguruskan legasinya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)