Kredit foto: Instagram Que Haidar 

Sekian lama bergelar pelakon, kini aktor Que Haidar melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian pula - menerusi penghasilan lagu singlenya sendiri.

Percubaan pelakon berusia 37 tahun itu mencuri perhatian ramai kerana hadir dengan lagu ciptaannya sendiri.

Que menyifatkan lagu tersebut sebagai kisah peribadinya kerana berkaitan dengan ayah beliau yang telah meninggal dunia. 

que haidar bergelar penyanyi cipta lagu untuk ayah 2

Kredit foto: Instagram Que Haidar

Sebenarnya ia mula dengan suka-suka sahaja. Saya harming dan saya rakam, kemudian saya tulis liriknya sendiri. Ia memakan masa selama dua tahun dan lirik adalah ciptaan saya dan rakan, Ana Pena. Selama dua tahun itu, saya dengar dan betulkan balik lagu dan lirik ini sehinggalah saya mulakan rakaman pada awal tahun ini. Pada awalnya saya hendak memilih penyanyi lain seperti Syamel atau Adira untuk menyanyikannya. Tetapi keluarga dan rakan-rakan yang memberi semangat untuk saya nyanyikan lagu itu apatah lagi penghayatan lagu itu ada pada diri saya. Lagu yang saya cipta ini sebenarnya mengisahkan orang yang saya sayang terutama arwah bapa saya yang pergi pada tahun 2001. Saya rindu semua tentang dia. Rindu akan kasih sayang serta belaian dia.

Sumber: Astro Gempak  

Mengulas tentang strategi promosi, Que bercadang untuk mengedarkan single tersebut ke beberapa stesen radio terlebih dahulu. 

que haidar bergelar penyanyi cipta lagu untuk ayah 3

Kredit foto: Instagram Que Haidar

Lagu ini sekadar percubaan pertama saya dan saya belum merancang apa-apa lagi untuk kerjaya nyanyian saya selepas ini. Namun untuk lagu ini, saya akan cuba mempromosikan ke beberapa stesen radio dahulu. Bagi saya nyanyian adalah satu luahan rasa yang saya mahu sampaikan kepada pendengar. Justeru, jika saya hendak menyanyi sekalipun biarlah lagu itu ciptaan saya sendiri.

Sumber: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)