Kredit foto: Instagram Aufahanie , Instagram Nidza Afham
Selepas pemergian abangnya, Nidza Afham, nama Aufahanie kini semakin bersinar di bawah perhatian ramai.
Sebelum ini, Muhammad Nidza Afham bin Mokhtar, yang dikenali sebagai Nidza Afham di pentas seni, telah dilaporkan hilang sebelum ditemukan meninggal dunia di Jambatan Sungai Klang pada petang Rabu.
Kematian Nidza, yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) telah menarik perhatian dan memberi kesan mendalam kepada ramai.
10 Fakta Biodata Penyanyi Aufahanie Yang Ramai Tak Tahu
1. Nama penuhnya Nur Aufahanie binti Mokhtar, yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor, telah genap 21 tahun umur pada tahun 2024.
2. Sebagai penyanyi, dia telah menyumbangkan suaranya dalam dua buah lagu, Geming Jiwa yang dirakam pada tahun 2022 dan Mungkin, sebuah duet bersama Syahmi Irfan pada 2020.
3. Difahamkan, semasa dia sedang menempuh alam sekolah rendah pada usia sembilan tahun, ibu dan bapanya, Mokhtar Mahmud serta Irni Yusmira, telah membuat keputusan untuk bercerai.
4. Dari saat itu, Aufahanie terus menetap di Shah Alam bersama bapanya, sementara ibunya tinggal di Sabak Bernam.
Bersama Nidza Afham
5. Dalam satu laporan, Aufahanie akui bahawa hidupnya menjadi lebih mencabar selepas keluarganya berpecah belah, memaksa dia berpindah-randah termasuk tinggal bersama abang yang sudah berkeluarga. Ketika adiknya berada di asrama, dia sering berasa kesepian di rumah kerana bapanya sibuk dengan urusan kerja.
Dia pernah melalui fasa memberontak akibat tekanan hidup yang melanda dan hampir tersesat jauh dalam kegelapan. Namun, pada usia 15 tahun, dia mengambil langkah untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
Keputusan untuk tinggal bersama datuk dan nenek di kampung juga telah menjadi penyelamat yang membawanya kembali ke jalan yang benar.
6. Dia kini meneruskan pengajian tingginya di institut pendidikan dengan mengambil jurusan dalam Media dan Komunikasi.
Selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aufa sebenarnya pernah melanjutkan pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Namun, kerana masalah peribadi yang tidak mahu didedahkan, dia terpaksa menghentikan pengajiannya di pertengahan jalan.
7. Difahamkan, dia pada asalnya bercadang untuk memilih jalan kerjaya sebagai seorang peguam.
Bersama Nidza Afham
8. Pada penghujung 2023, dia mendapat peluang istimewa apabila komposer terkenal, Ajai memilihnya untuk menyanyikan semula lagu Saat Hilang Cintamu, yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Siti Sarah Raissuddin. Bagi seorang pendatang baharu, ini merupakan satu penghormatan besar.
Ajai memberikan peluang ini selepas menyaksikan bakatnya yang menyerlah di pentas Big Stage 2023, di mana komposer itu bertindak sebagai juri tetap yang menilai persembahannya setiap minggu.
9. Manakala pada Ogos 2023, dia menjadi penyanyi baru yang terpilih untuk menyertai Konsert By Ajai & Mega Friends yang diadakan di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang.
Konsert itu turut menyajikan penampilan bintang-bintang legenda iaitu Ajai, Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip, Hazama, Illa Sabry dan Raes yang membawakan 18 lagu hit.
Kredit foto: Instagram Aufahanie , Instagram Nidza Afham
10. Dalam era digital ini, Aufa juga semakin mencipta pengaruh sebagai bintang laman sosial, dengan 50,000 pengikut di TikTok dan 55,500 pengikut di Instagram (IG), membuatkan namanya semakin tidak asing lagi.
Kredit video Youtube: Bicara Rasa (Cover santai by Nidza Afham & Aufahanie) #ICSYVMY3
Sumber:
1. Aufahanie 'memberontak' gara-gara perpisahan ibu ayah
2. Siang ikan dan memasak? Aufahanie dah biasa buat sejak kanak-kanak
3. Menangis nyanyi semula lagu Siti Sarah, Aufahanie sedia dibandingkan dengan arwah
4. Aufahanie menyanyi sambil belajar