Kredit foto: Instagram Sarah Suhairi
Penyanyi Sarah Suhairi kembali menjadi sebutan selepas selamat bergelar isteri kepada Aswad Anuar, seorang duda beranak tiga, pada pagi Jumaat yang lalu. Sebelum ini, Sarah telah mencuri perhatian peminat dengan single terbaharunya berjudul SAH (Setia Akhir Hayat) berduet bersama Alfie Zumi, yang kini telah mencatat 25 juta tontonan di YouTube Rusa Music.
10 Fakta Penyanyi Sarah Suhairi
1. Nama penuhnya, Sarah binti Suhairi, berasal dari Rawang, Selangor dan kini berumur 24 tahun (2024).
2. Dalam dunia seni suara, Sarah pernah merekodkan lagu-lagu yang terkenal iaitu Pedih, Nyawa & Raga, Rise & Fall, Selamat Berhari Raya (bersama Ariff Bahran), Bicara Rasa (bersama Ariff Bahran), Satu Di Hati (bersama Ariff Bahran), Entah Apa (bersama Aepul Roza), Mungkin, Kau Yang Bertakhta, Andaikan, Pasrah, Burn, SAH (bersama Alfie Zumi) dan With You (bersama Aswad Anuar).
Ibu Sarah Suhairi
3. Sarah juga aktif di layar kaca, membintangi drama iaitu Sis Cuba, Salam Squad 2.0 dan Pak Kodi 5G Musim 3, termasuk telefilem Geng Big Stage Beraya. Dia turut menyinari program realiti Big Stage Musim 1, The House, Immortal Songs Malaysia dan MPop (sebagai pengacara).
Di Instagram, Sarah dikenali dengan akaun @sarahsuhairi yang mengumpulkan sejuta pengikut, manakala di TikTok @sarahsuhairi_38 beliau mempunyai 620,200 pengikut.
4. Sarah berdiri di atas ketinggian 156 sentimeter (cm).
5. Dalam keluarganya, dia adalah anak kedua daripada empat orang adik-beradik.
6. Ketika zaman persekolahannya, dia merupakan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rawang, Selangor.
7. Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia pernah ditawarkan melanjutkan pendidikan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar dalam jurusan Diploma Ukur Bahan. Namun, selepas berbincang dengan ayahnya, dia memilih untuk mengikuti program realiti Big Stage musim pertama kerana sudah terikat dengan kontrak syarikat rakaman.
8. Dia sebenarnya tidak pernah bercita-cita menjadi penyanyi, minatnya lebih kepada bermain alat muzik. Sejak darjah dua dia bermain piano dan semasa tingkatan dua dia beralih kepada ukulele dan gitar, seiring dengan minat muzik keluarganya.
9. Selain nyanyian, dia mempunyai bakat dalam sukan berkuda, satu hobi yang agak asing dalam kalangan wanita. Sejak 2014, dia aktif dalam sukan itu dan sering menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh kelab.
10. Selain bidang seni, Sarah juga menceburi bidang perniagaan dengan mengasaskan produk penjagaan badan berjenama Wild Rymba.
Baca: 10 Fakta Biodata Aswad Anuar, Pensyarah UTM Yang Kini Suami Sarah Suhairi
Sarah dan suaminya, Aswad Anuar yang berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 26 Julai 2024. Kredit foto: Instagram Sarah Suhairi
Kredit video: Sarah Suhairi - With You (feat. Aswad Anuar) [Official Music Video]
Sumber:
4. 'Hobi sukan berkuda, tak mahal pun!' - Sarah Suhairi