Kredit foto: Instagram Zubir Khan , Facebook Zubir Khan
Penyanyi berbakat Zubir Khan telah mencipta fenomena dengan kebolehannya menyanyikan lagu-lagu Tamil, meskipun dia bukan berbangsa India.
Tujuh lagunya yang mendapat jutaan tontonan di YouTube dan media sosial termasuklah Thevadhai, Nenji Yenghutu, Marainthe Uyire, Soga Kathai, Per Yenne Solle, Yennode Macha dan duet terbarunya dengan Ezra Kairo dalam OMK (Oh My Khadhale).
10 Fakta Zubir Khan Yang Ramai Tak Tahu!
1. Zubir merupakan anak bongsu daripada lima orang adik-beradik dan anak manja dalam keluarganya.
2. Dia dibesarkan di kawasan estet Ladang Sepang Valley, Selangor, di mana dia hidup bersama komuniti Melayu, Cina dan India.
Persekitaran yang berbilang kaum telah membentuk persepsi dan minatnya terhadap kepelbagaian budaya.
3. Dia mula berjinak-jinak dalam bidang seni pada tahun 2017 dengan membuat lagu 'cover' dalam bahasa Tamil dan menyanyi di majlis-majlis kenduri kahwin. Usaha ini diteruskan di media sosial pada 2018, manakala pada 2019, dia mula mencipta dan menulis lirik lagu Tamilnya sendiri.
4. Meskipun mempunyai kecacatan fizikal, dia tidak pernah membiarkan hal itu menghalangnya untuk mencapai impian. Dia bercita-cita besar mahu mengembangkan karier muzik di negara India, memandangkan pasaran di sana lebih luas dan masyarakat yang bertutur dalam bahasa Tamil.
Katanya, dia mahu mengikut jejak Yogi B dan Mugen Rao, artis Malaysia yang berjaya di India.
5. Dia kini dianggap sebagai ikon perpaduan negara kerana kemampuannya menyatukan pelbagai bangsa melalui lagu-lagunya. Pada Julai 2024, Kementerian Perpaduan Negara telah mengundangnya untuk merakamkan mesej perpaduan.
6. Meskipun sudah bergelar artis terkenal, Zubir tetap tinggal bersama ibu bapanya di Semenyih, Selangor.
Dia percaya bahawa berkat menjaga kedua orang tuanya adalah kunci kepada kejayaan karier muziknya.
7. Kekurangan fizikal Zubir tidak menghalangnya daripada menunggang motosikal dan memandu kereta. Dia mahu membuktikan bahawa kekurangan sebelah tangan tidak bermakna dia tidak boleh melakukan apa yang orang lain boleh lakukan.
8. Pada Jun 2024, Zubir berjaya membeli kereta berjenama Honda Civic hasil daripada titik peluhnya sendiri, memenuhi impian lamanya untuk memiliki kereta tersebut.
9. Zubir akui pernah berasa tidak yakin kerana ketiadaan sebelah tangan, hingga ke tahap menyorokkan kecacatannya dengan beg. Namun kini, dia semakin terbuka berkongsi mengenai kekurangan dirinya dan tidak lagi menyembunyikannya.
10. Pada Oktober 2023, dia memuat naik foto bersama seorang bayi di Instagram (IG), menimbulkan salah faham di kalangan pengikutnya yang menyangka dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.
Kredit foto: Instagram Zubir Khan , Facebook Zubir Khan
Zubir menjelaskan di ruangan komen bahawa bayi itu adalah anak abangnya dan dia masih belum beristeri.
Baca: Biodata Ezra Kairo, Penyanyi Gandingan Zubir Khan Dalam Lagu OMK (Oh My Kadhale)
Kredit video: “Mak, Saya Tak Dapat Rasa Tangan Saya…” - Zubir Khan | Motif Trending
Profil Ringkas
Nama penuh: Muhammad Zubir bin Mohamad Ali
Umur: 24 tahun (2024)
Agama: Islam
Akaun TikTok: @zubirkhan_
Sumber:
1. Percaturan Zubir Khan menjadi
2. Percaya rezeki melimpah berkat jaga ibu ayah – Zubir Khan
4. Yennode Macha cetusan persahabatan di Ladang Sepang Valley
5. Instagram Kementerian Perpaduan Negara