Oleh pada 06 Sep 2018 kategori

Kebanyakan dari kita pasti pernah terbaca atau menonton kisah Beauty and the Beast. Ahli sejarah telah mengenal pasti 23 variasi kisah ini dari seluruh dunia. Kisah novel klasik telah dimodenkan semula oleh penulis Perancis Gabrielle-Suzanne Barbot de Villeneuve pada tahun 1740 telah dipopularkan oleh filem anismasi Disney pada tahun 1991.

Akan tetapi, kisah Beauty and the Beast ini mungkin berdasarkan kehidupan sebenar seorang lelaki dan keluarganya. Namanya ialah Petrus Gonsalvus yang merupakan seorang bangsawan dari Eropah yang berkahwin dengan seorang wanita cantik serta mempunyai anak. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Digelar "lelaki liar"

petrus gonsalvus beauty and the beast

Dilahirkan kira-kira pada 1537, Petrus Gonsalvus merupakan seorang penduduk tempatan Tenerife di Canary Islands, Sepanyol. Kehidupannya bermula sebagai seorang hamba. Petrus Gonsalvus juga menghidap hypertrichosis atau "Sindrom Serigala" dan digelar sebagai "lelaki liar" kerana tubuhnya dipenuhi bulu.

Pada usianya 10 tahun, Gonsalvus diberikan kepada Raja Perancis yang baru, Henri II sebagai hadiah. Dia tinggal di sana selama lebih 40 tahun, di bawah perlindungan raja dan isterinya, Catherine de Medici de Valois. 

potret petrus gonsalvus dan lady catherine 238

Semasa tinggal di Istana, Gonsalvus telah berjumpa dan mengahwini seorang wanita muda bernama Catherine dan mendapat ramai anak bersamanya. Namun, pada tahun 1589, terjadinya pemberontakan terhadap raja-raja dan keluarga Gonsalvus tidak lagi mempunyai penaung.

Selebiti Eropah

Semasa perperangan berlaku, Gonsalvus telah menarik perhatian seorang bangsawan lain iaitu Duke of Parma yang kemudiannya menghantar Gonsalvus bersama keluarganya ke Itali terlebih dahulu. Namun, Duke itu telah terkorban sebelum sempat pulang tetapi isterinya Margeret iaitu Duchess of Parma telah menaungi Gonsalvus dan keluarganya.

potret antoinetta gonsalvus 45

Pada tahun 1594, seorang saintis dan pakar perubatan iaitu Ulisse Aldrovandi telah melawat rakannya di Bologna. Dia telah berjumpa dengan anak perempuan Gonsalvus iaitu Antoinetta yang juga mempunyai hypertrichosis. Aldrovandi sangat kagum dengan Antoinetta dan mengkaji budak perempuan itu serta menulis di dalam bukunya mengenai kecacatan manusia.

Antoinetta juga telah dilukis gambarnya oleh Lavinia Fontana. Bahkan, keseluruhan keluarga Gonsalvus telah seringkali dilukis gambar mereka. Daripada menganggap mereka sebagai menakutkan, keluarga itu lebih dipotretkan sebagai keluarga bangsawan yang lain, cuma mempunyai bulu yang banyak.

potret keluarga petrus gonsalvus

Dari istana di Perancis hingga ke agam mewah di Itali, keluarga ini telah melihat dunia lebih daripada rakyat biasa yang lainnya. Mereka dihormati setaraf dengan bangsawan dan keluarga diraja yang lain dan sering dikaji oleh pakar perubatan yang terkenal.

Beauty and the Beast sebenar

Keluarga itu akhirnya menghabiskan sisa hidup mereka di sebuah perkampungan kecil di Italy dan menyepi daripada sejarah, hanya meninggalkan potret mereka sahaja. Namun begitu, Petrus Gonsalvus mungkin tidak hilang begitu sahaja daripada sejarah. Kisahnya mungkin seperti Beauty and the Beast yang sebenar.

ilustrasi beauty and the beast 1901

Sebenarnya, kisah asal Beauty and the Beast itu telah lama ditulis sebelum Gonsalvus. Kemungkinan besar ia berdasarkan cerita mengenai Psyche dan Cupid. Akan tetapi, Cupid bukanlah seorang yang menakutkan dan tidak mempunyai bulu yang banyak.

Jadi, adakah penampilan dan kehidupan Petrus Gonsalvus menjadi asas cerita dongeng ini? Walaupun kisahnya tidak menggambarkan dia seorang raksasa namun kesemua gambarnya menunjukkan dia dipenuhi bulu di badan.

Kisah Beauty and the Beast itu lebih serupa dengan kisah Psyche dan Cupid, namun perbezaan ketara ialah pada penampilan watak Beast. Kerana mempunyai banyak versi, mungkin pelukis yang terkemudian diinspirasi oleh potret Gonsalvus yang dianggap seperti selebriti di Eropah pada ketika itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)