Pihak MyCert telah melaporkan bahawa sejak semalam (21/8/2017) banyak kes godam berlaku di negara kita. Antaranya ialah 'defacement', dan serangan Ddos yang bertubi-tubi. Sebagai langkah keselamatan semua pihak, MyCert menyarankan agar semua sistem admin mengemaskini aplikasi yang digunakan dan memperkuatkan pertahan sistem pelayan.
Anda boleh dapatkan maklumat tambahan tentang serangan dan laporan-laporan terbaru melalui laman web MyCert sendiri. Dan sekiranya anda ingin melaporkan insiden boleh melaporkan terus kepada pihak respon MyCert 24/7.
BESARKAN TEKS A- A+
- E-mail: [email protected] or [email protected]
- Phone: 1-300-88-2999 (monitored during business hours)
- Fax: +603 89453442
- Mobile: +60 19 2665850 (24x7 call incident reporting)
Punca Pencetus Pesta Godam Rakyat Indonesia
Kesilapan mencetak bendera negara Indonesia pada buku cenderahati sukan SEA telah menjadi punca utama yang menyebabkan ramai rakyat Indonesia marah. Hal ini menjadi perbualan hangat di forum-forum underground Indonesia dan mereka berlumba-lumba untuk menunjukkan bakat menggodam mereka sebagai tanda protes kesilapan percetakan yang dilakukan oleh pengurusan sukan SEA Malaysia.
Namun Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan Malaysia) telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Indonesia kerana baginya ini adalah satu kesilapan yang sangat besar. Buku yang tersalah cetak ini tidak lagi diedarkan dan telah digantikan dengan yang baru.
Hal ini telah disambut baik oleh sesetengah rakyat Indonesia di laman-laman sosial seperti facebook dan twitter. Namun pesta godam ini masih juga berlangsung.
Antara laman web Malaysia yang digodam
Laman biasa
- mycaterer.com.my
- bookyeh.com
- jeffiz.com
- soulhappie.com
- qqflorist.com.my
- eniglobal.com.my
- vsbgroup.com.my
- goldfields.com.my
- group.bmx.my
- ikimfm.my
- koperasibpm.koop.com.my
- solarcrest.com.my
- smartrackgps.com.my
Laman kerajaan :
Namun begitu, masih ada rakyat Indonesia yang tidak bersetuju dengan sikap rakyatnya sendiri yang memarahi Malaysia hanya kerana kesilapan percetakan itu. Ada juga diantara penggodam Indonesia yang menggodam laman web Malaysia untuk menyatupadukan Malaysia dan Indonesia sebagai negara serumpun. Haha (lihat sini)
Pesta godam seperti ini bukanlah kali pertama terjadi. Sebenarnya sudah banyak kali berlaku di alam maya ini. Apa yang penting, bila berlaku kes-kes godaman, sistem admin perlu lebih peka dengan keselamatan pelayan, penggodam pun harus tahu apa yang dilakukan ini sebenarnya hanya menyusahkan orang sahaja. Aktiviti 'defacement' tidak mendatangkan manfaat dan hanya mendatangkan mudharat kepada orang lain.
sumber :