Oleh pada 04 Aug 2017 kategori

Kredit foto: currentlife2u.com & Instagram Aliff Aziz

Isu perkahwinan penyanyi Aliff Aziz telah turut sama memalitkan nama kakak Afifah Nasir iaitu aktres Anzalna Nasir.

Ini gara-gara komen panas yang dikeluarkan Anzalna yang mendakwa isteri Aliff, Bella Astillah sedang meroyan ketika berpantang.

Susulan itu, Anzalna telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka. Malah Bella sendiri telah memberi respon balas yang menyatakan dirinya menerima permintaan maaf aktres itu.

jangan cari kesalahan orang lain kenyataan balas hanif zaki suami anzalna nasir 2

Kredit foto: listal.com

Dan yang terkini, suami kepada Anzalna iaitu Hanif Zaki pula memberikan kenyataan balas tentang kontroversi yang melibatkan nama isterinya.

Hanif dalam sebuah kenyataan yang dibuat menerusi laman Instagram meminta agar netizen berhenti menghukum orang yang berbuat salah.

Menurut Hanif, manusia yang suka mencari kesalahan sebenarnya tidak menyedari akan kekurangan dan kesilapan diri sendiri.

Pada masa yang sama, Hanif memaklumkan adik iparnya, Afifah bakal muncul dengan penjelasan beliau tidak lama lagi. 

jangan cari kesalahan orang lain kenyataan balas hanif zaki suami anzalna nasir 3

Kredit foto: Instagram Hanif Zaki

Alhamdulillah, inilah kenyataan dari isteri saya. Janganlah mencari kesalahan orang lain hanya untuk melemahkannya, kerana kitapun belum tentu lebih baik darinya. Akan selalu terlihat salah oleh orang yang tidak boleh berbesar hati melihat di sebaliknya. Buat yang MENGUTUK, MEMERLI lagi pula MENGEJI, semoga sentiasa dirahmati oleh Allah swt. InsyaAllah disusuli oleh kenyataaan dari adik ipar saya. 



Hakcipta iluminasi.com (2017)