Tinju ialah sejenis sukan terkenal yang memperkenalkan kita dengan ahli tinju hebat dengan kemahiran dalam gelanggang yang amat mengagumkan. Petinju dianggap hebat apabila mereka sangat kuat, tidak boleh dikalahkan, boleh menumpaskan petinju lain dengan cepat dan mudah, memenangi banyak gelaran dunia dan menjadi mimpi ngeri bagi pihak lawan.

Siapakah ahli tinju yang dianggap paling hebat dalam dunia? Antara nama yang biasa kita dengar adalah seperti Mike Tyson, Sugar Ray Robinson dan Muhammad Ali. Sebenarnya ramai lagi petinju yang mempunyai kehebatan setanding mereka. Kami kongsikan antara 10 petinju terhebat sepanjang zaman yang berbahaya dan sangat digeruni

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Floyd Mayweather Jr.

floyd mayweather jr

Floyd Mayweather Jr. ialah salah seorang petinju terhebat sepanjang zaman yang tidak pernah dikalahkan sepanjang kerjayanya. Mayweather telah memenangi 15 gelaran dunia dengan rekod kemenangan 50-0. Bahkan, dia juga memenangi kejohanan bersiri dalam empat bahagian berat yang berbeza.

Peninju legenda ini juga telah memenangi anugerah The Fighter of the Year daripada majalah The Ring sebanyak dua kali dan Anugerah ESPY sebagai peninju terbaik sebanyak enam kali. Beberapa majalah, laman web dan media menamakan dia sebagai peninju terhebat sepanjang zaman.

Dengan 50 kemenangan, 27 daripadanya diperolehi menerusi knockout tanpa sebarang kalah atau seri. Pada tahun 2012 hingga 2015, dia merupakan atlet yang menerima bayaran paling tinggi di dunia.

Mayweather terkenal dengan kemahiran pertempurannya yang agresif hanya apabila berada dalam keadaan bahaya sahaja. Kemahiran terkenalnya itu ditunjukkan ketika berlawan dengan Shane Mosley, di dalam perlawanan bukan heavyweight paling laku dijual dalam sejarah dunia tinju.

9. Julio César Chávez

julio c sar ch vez

Julio César Chávez adalah seorang peninju terhebat Mexico dan juga antara yang terhebat sepanjang zaman. Dia dikenali dengan tumbukan jitunya yang kuat, serangan pada badan, mempunyai rahang yang kuat dan sering menekan pihak lawannya. ESPN telah menyenaraikan dia di kedudukan nombor 24 dalam senarai "50 peninju terhebat sepanjang zaman".

Chávez dianggap peninju yang hebat kerana telah menjadi juara dunia sebangak 6 kali dalam 3 bahagian berat berbeza. Dia juga menyandang gelaran juara kelas super featherweight WBC dari tahun 1984 hingga 1987.

Dalam kesemua 115 perlawanannya, dia mempunyai rekod 109 menang dan kalah hanya enam kali. 86 kemenangannya diperolehi melalui knockout. Apa yang menakjubkan dia tidak pernah kalah selama 90 perlawanan awalnya dengan rekod 89 menang dan 1 seri. Chávez juga dikenali dengan nama samaran Mr. K.O. 

8. George Foreman

george foreman

George Foreman adalah seorang peninju hebat yang telah menang terhadap Joe Frazier dengan knockout untuk memenangi gelaran juara dunia. Peninju profesional ini juga pernah memenangi pingat emas dalam kategori heavyweight pada Sukan Olimpik 1968 yang diadakan di Mexico City.

Daripada 81 perlawanannya, Foreman yang juga dikenali dengan "Big George" ini hanya kalah sebanyak 5 kali sahaja. Dalam 76 kemenangannya, 68 daripadanya datang daripada kemenangan knockout. Pertubuhan Penyelidikan Tinju Antarabangsa (IBRO) telah menobatkan Foreman sebagai peninju ke-8 terhebat sepanjang zaman.

Setelah bersara dari tinju profesional pada tahun 1977 sejurus kalah kepada Jimmy Young, Foreman telah membuat kemunculan semula pada tahun 1987 dan berjaya memenangi gelaran kelas heavyweight dunia pada 1994 ketika berumur 45 tahun. Pada waktu itu dia berjaya mengalahkan Michael Moorer yang berusia 27 tahun untuk meraih gelaran WBA dan IBF.

7. Sugar Ray Leonard

sugar ray leonard

Sugar Ray Leonard sememangnya salah seorang peninju terhebat sepanjang masa. Pada tahun 1987, dia berjaya mengalahkan Marvin "Marvelous" Hagler untuk memenangi gelaran juara WBC dalam kelas middleweight dan dianggap sebagai perlawanan tinju profesional terhebat sepanjang zaman.

Dia adalah sebahagian daripada "The Fabulous Four", sekumpulan 4 orang peninju terhebat yang sering bertempur sesama sendiri pada tahun 1980-an. Mereka berempat adalah sama hebat dan sama bahaya. Mereka ialah Roberto Duran, Thomas Hearns, Marvin Hagler dan Sugar Ray Leonard sendiri.

Namun, Sugar Ray Leonard berjaya memenangi semua pertarungan di antara mereka semua. Dia telah berada dalam persada tinju selama 20 tahun lamanya dan berjaya memenangi gelaran dunia dalam lima bahagian berat yang berbeza. Majalah The Ring telah menobatkan dia sebagai Peninju Tahunan sebanyak dua kali pada 1979 dan 1981. Dia juga digelar sebagai "Peninju Sepanjang Abad" pada tahun 1980-an.

6. Joe Louis

joe louis

Joe Louis adalah seorang yang peninju yang mempunyai penumbuk jitu. Dia berada pada kedudukan pertama dalam senarai "100 tumbukan paling hebat sepanjang masa" oleh majalah The Ring. Joe Louis merupakan antara peninju kategori heavyweight paling hebat.

Dia juga merupakan juara dunia pada tahun 1937 hingga 1949. Daripada keseluruhan 69 pertarungan profesionalnya, Louis menang sebanyak 66 kali dengan 52 daripadanya melalui knockout. Antara rekod terhebatnya adalah mengalahkan 23 orang lawan dalam 27 pertarungan merebut gelaran juara, termasuk lima kali menjadi juara dunia.

Pada tahun 1941, dia telah memenagi Anugerah Sugar Ray Robinson dan pada tahun 2005 pula dia dinobatkan sebagai peninju heavyweight terbaik sepanjang masa oleh Pertubuhan Penyelidikan Tinju Antarabangsa (IBRO).

5. Manny Pacquiao

manny pacquiao

Manny Pacquiao atau terkenal dengan panggilan "Pac-Man" tidak asing lagi dalam dunia tinju pada masa sekarang. Dia merupakan peninju yang sangat hebat kerana merupakan yang pertama menjadi juara dunia lapan bahagian kejuaraan dunia. 

Pac-Man juga diketahui telah memenangi sebanyak 11 gelaran utama dunia dan juga peninju pertama yang memenangi kejohanan bersiri dalam lima kelas berat yang berbeza. Dia dinobatkan sebagai peninju terbaik tahunan sebanyak tiga kali pada 2006, 2008 dan 2009 oleh majalah The Ring.

Bahkan, beberapa lagi agensi sukan seperti BWAA, WBC, WBO telah menamakan dia sebagai "Peninju Terbaik Dekad ini" pada tahun 2000-an. Majalah, laman web dan media lain seperti ESPN, Sports Illustrated, Sporting Life, Yahoo! Sport, About.com, BoxRoc dan The Ring pula telah menamakan Pacquiao sebagai peninju terbaik sehinggalah dia kalah pada tahun 2012.

4. Muhammad Ali

muhammad ali 596

Muhammad Ali adalah salah seorang tokoh sukan paling terkenal di dunia. Muhammad Ali malah merupakan inspirasi kepada atlet lain, mempunyai kisah kontroversinya tersendiri dan cemerlang sejak dari awal kariernya lagi.

Dia pernah memenangi pingat emas dalam kategori light heavyweight pada sukan Olimpik Musim Panas 1960 di Rom, Itali. Pada tahun 1964 ketika berusia 22 tahun, dia memenangi gelaran juara WBA, WBC dan juga kejuaraan lineal.

Muhammad Ali juga merupakan satu-satunya yang menerima anugerah majalah The Ring sebagai peninju tahunan sebanyak enam kali. Selain itu, dia juga memenangi beberapa anugerah dan gelaran lain.

Muhammad Ali mempunyai tindak balas yang sangat cepat, pergerakan kaki dan tangan yang laju dan terkenal dengan gaya tinju ortodox di mana dia akan melepaskan tumbukan pada sudut yang tidak dijangka. Tumbukan Muhammad Ali pernah diukur memiliki kekuatan sebanyak 1000 paun.

3. Rocky Marciano

rocky marciano

Rocky Marciano terkenal sebagai peninju hebat kerana gaya pertempuran, stamina dan dagunya yang keras. Banyak ahli sejarah tinju mengganggap Marciano sebagai peninju terbaik dalam sejarah. Sebanyak 49 pertarungan yang dimenanginya, 43 diantaranya diperolehi melalui kemenangan knockout.

Marciano tidak pernah kalah sebarang pertarungan dan rekod itu amat menakjubkan. Peninju hebat ini memegang gelaran juara bagi kelas heavyweight dari tahun 1952 hingga 1956. Rocky Marciano juga menjadi insirasi untuk siri filem Rocky lakonan Sylvester Stallone.

Pada tahun 2006, ESPN telah mengadakan undi dan menobatkan perlawanan Marciano dengan Walcott pada tahun 1952 merupakan kemenangan knockout terbaik dalam sejarah. Marciano juga menerima beberapa anugerah lain seperti Anurgerah Sugar Ray Robinson pada tahun 1962 dan banyak lagi.

2. Sugar Ray Robinson

sugar ray robinson

Sugar Ray Robinson adalah seorang peninju profesional Amerika yang dikenali sebagai peninju terhebat dalam sejarah. Dengan 200 pertarungan, Robinson telah menang sebanyak 175 perlawanan di mana 108 daripadanya melalui knockout, kalah 19 dan seri 6. 

Dia bermula menjadi peninju profesional seawal usia 19 tahun dan telah menjadi peninju pertama dalam sejarah dengan memenangi lima divisi kejuaraan dunia. Dia terkenal dengan tindak balasnya yang sangat cepat dan tumbukan knockout yang begitu berbahaya dari segala sudut. Malah, dia mahir menggunakan kedua-dua belah tangannya dengan kelajuan yang sama.

Bahkan, Muhammad Ali dan Joe Louis pun menganggapnya sebagai peninju terhebat. Pada tahun 2007, ESPN telah menobatkan Robinson sebagai peninju pertama dalam senarai "50 peninju terhebat sepanjang zaman". Beberapa media dan agensi lain turut mengiftiraf dia sebagai salah seorang jaguh terbaik dan dia sering menjadi inspirasi kepada peninju hebat yang lain.

1. Mike Tyson

mike tyson

Mike Tyson adalah seorang peninju yang mempunyai tumbukan yang sangat kuat, ganas, berbahaya dan laju, menjadikannya sebagai peninju terhebat dunia sepanjang masa. Tyson juga menjadi peninju termuda untuk memegang gelaran juara WBA, WBC dan IBF ketika berusia 20 tahun, 4 bulan dan 22 hari.

Peninju hebat ini memenangi 19 perlawanan pertamanya dengan knockout dan 12 daripadanya diperolehi pada pusingan pertama. Dia juga berjaya mempertahankan gelaran juaranya daripada pencabar sebanyak 9 kali. Dia mendapat pelbagai jolokan seperti "Kid Dynamite, "Iron" dan "Baddest Man on the Planet".

Mike Tyson hanya pernah kalah sebanyak 6 perlawanan sahaja sepanjang kariernya dan merupakan seorang peninju terbaik dalam kelas heavyweight. ESPN meletakkan dia sebagai nombor 1 dalam "Tumbukan paling padu dalam sejarah heavyweight". Sebuah filem berjudul Tyson (1995) telah diterbitkan menerangkan biografinya semasa era kegemilangan peninju ini pada tahun 80-an dan 90-an.

Peninju kontroversi ini juga popular kerana kemenangan comeback yang terkenal dan berjaya memenangi gelaran juara WBA dan WBC pada tahun 1996 dan menjadi satu-satunya peninju yang berjaya memenangi gelaran juara semula setelah kehilangannya.

Rujukan:

1. Sporteology

2. Ranker

3. The Guardian




Hakcipta iluminasi.com (2017)