Oleh pada 04 Oct 2017 kategori

Kredit foto: thecelebscloset.com & pictame.com

Pengurus penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak menafikan kehilangan Siti daripada industri hiburan kerana popularitinya yang sudah merudum.

Sebaliknya, penyanyi nombor satu negara itu mengambil keputusan untuk bercuti seketika daripada sebarang aktiviti seni.

Malah, ketika bertemu penyanyi itu pada dua hari lalu, Siti berkata dia sedar para peminat merindui kemunculannya.

"Saya menafikan kata-kata orang mendakwa populariti Siti sudah jatuh, tak dapat sambutan, tidak relevan dan sebagainya. Janganlah menghakimi beliau kerana empunya diri berhak untuk memilih masa untuk dirinya,” katanya yang dipetik daripada portal Harian Metro.

Tambah Rozi, adik iparnya itu tidak pernah mengambil cuti lebih daripada sebulan sepanjang pembabitan sebagai anak seni selama 21 tahun.

Sebelum ini, netizen didedahkan dengan foto Rozi meluangkan masa memasak bersama Siti di rumah.  

pengurus dedah punca kehilangan siti nurhaliza 2

Kredit foto: Instagram Rozi Abdul Razak

Foto itu dimuat naik di laman Instagram susulan pertanyaan peminat tentang kehilangan penyanyi lagu Segala Perasaan itu.

"Saya sekadar berkongsi untuk tatapan peminat yang merindui dan bertanya khabar Siti.

"Walaupun beliau berehat seketika daripada aktiviti seni tetapi aktiviti mencari lagu, album dan perniagaannya masih berjalan seperti biasa," katanya lagi.

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)