Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza
Siapa sangka penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza pada waktu kecil pernah menyimpan angan-angan untuk bergelar adiwira.
Namun apabila menyedari hasratnya itu mustahil untuk dimakbulkan, Siti menggunakan video muzik sebagai medium untuk melaksanakan impian tersebut.
Sisi adiwira Siti yang terpendam dapat disaksikan peminat menerusi muzik video untuk single terbarunya, Segala Perasaan.
Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza
Kalau nak tahu, sejak kecil lagi saya sudah pasang impian untuk menjadi seorang adiwira atau superwoman, namun perkara tersebut mustahil untuk direalisasikan. Tetapi kini saya gembira kerana impian saya itu dapat dizahirkan melalui video muzik dan sebagai penyanyi itu lah salah satu cara untuk saya relisasikan impian tersebut. Setelah berbincang dengan team pengurusan, impian saya ini akhirnya berjaya dilaksanakan.
Sumber: Astro Gempak
Untuk menjayakan babak-babak aksi, Siti memberitahu dia mendapat bimbingan teknik pertempuran daripada MMA Fighter iaitu Ann Osman.
Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza
Kami menjalani penggambaran di atas bumbung sebuah rumah pangsa di ibu negara. Dalam video muzik tersebut saya perlu beraksi seperti seorang adiwira, malah jalan cerita dan prop yang digunakan menggambarkan saya mempunyai kuasa luar biasa. Saya juga melakukan beberapa aksi seperti adiwira.
Sumber: Astro Gempak
Muzik video dan single tersebut adalah sebahagian daripada kandungan album terbarunya, Simetri Siti yang bakal dilancarkan pada 5 Mei nanti.
Kredit foto: Instagram Siti Nurhaliza