Kredit foto: Instagram Sharif Zero
Pemenang Tempat Keempat Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Kumpulan Zero mengumumkan akan berehat seketika daripada pertandingan tersebut.
Menurut Sharif, keputusan itu dibuat demi memberi ruang kepada pelawak-pelawak baru mencuba nasib di pentas berkenaan.
Kredit foto: Instagram Sharif Zero
Bukan senang untuk membuat keputusan ini, namun selepas beberapa faktor kami sepakat untuk berehat seketika. Kami mahu melihat lebih banyak muka baru yang mampu menghiburkan penonton di atas pentas hebat seperti MLM. Pelbagai pengalaman telah kami perolehi sepanjang terlibat dengan MLM jadi biarlah mereka pula lalui apa yang kami rasa. Namun jika masih menerima tawaran kami akan berfikir dan berbincang semula untuk masuk menyertai MLM ataupun tidak.
Sumber: Astro Gempak
Gagal menduduki tiga kedudukan teratas, Sharif melahirkan rasa kecewa dan mengakui kelemahan persembahan mereka di peringkat akhir.
Kredit foto: Instagram Sharif Zero
Saya mengakui terdapat banyak kekurangan terhadap persembahan kumpulan kami pada malam final ini. Kami sangat kecewa sebenarnya kerana tidak dapat memberi kepuasan kepada peminat dan penonton di luar sana yang menyokong Zero. Mungkin persembahan kami sebelum ini lebih bagus dan malam ini boleh dikatakan kehadiran kumpulan Zero ini cuma untuk melengkapkan malam final ini sahaja. Walaupun kecewa, kami menerima keputusan dengan hati yang redha dan mungkin bukan rezeki kami untuk menjadi juara pada tahun ini.
Sumber: Astro Gempak
Pentas akhir MLM 2017 menobatkan Bocey sebagai juara, diikuti Shiro di tangga kedua, peserta solo Dzawin berada di tempat ketiga, Zero keempat dan Puteh di kedudukan terakhir. Membawa tema ‘Lanun’, MLM 2017 diacarakan oleh Datuk AC Mizal dengan penampilan istimewa Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Neelofa dan Luna Maya selaku pengkritik tetap.