Kredit foto: Instagram Luna Maya

Juri Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Luna Maya melahirkan penghargaannya terhadap usaha keras dua peserta Indonesia yang bertanding dalam pertandingan MLM musim ini.

Menurut Luna, kejayaan Dzawin dan Abioso melangkah jauh dalam pertandingan tersebut adalah berpunca daripada kerja keras mereka sendiri dalam mencari material jenaka yang dekat di hati rakyat Malaysia. 

saya kagum dengan dua peserta mlm ini luna maya 2

Kredit foto: Instagram Luna Maya

Tiga tahun lalu apabila saya menjadi juri tiada satu pun peserta dari Indonesia yang 'bersinar' seperti sekarang dan semuanya tersingkir awal. Namun, dua peserta Indonesia pada tahun ini berjaya mencuri hati penonton Malaysia dengan persembahan yang dilakukan oleh mereka ketika berada di atas pentas. Mereka juga berkerja keras untuk mendalami mengenai budaya di Malaysia serta merealisasikannya ketika mengadakan persembahan pada setiap minggu dan itu merupakan sesuatu yang luar biasa. Saya juga amat kagum dengan kesungguhan mereka dan ini membuatkan Dzawin serta Abioso mampu bersaing dengan semua para peserta dari Malaysia. 

Sumber: Astro Gempak 

Sehingga kini MLM masih mengekalkan penyertaan peserta solo Indonesia, Dzawin, manakala peserta berkumpulan Indonesia, Abioso telah menjadi mangsa segmen penyingkiran pada Jumaat lalu. 

MLM 2017 turut diterajui tiga pengkritik dan juri lain iaitu Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi dan Neelofa. Sebanyak lima peserta bakal mempertaruhkan nasib mereka di minggu kesebelas MLM 2017, bertemakan ‘Duit dan Parodi’ - bersiaran Jumaat ini.

saya kagum dengan dua peserta mlm ini luna maya 3

Kredit foto: Instagram Aznil Nawawi




Hakcipta iluminasi.com (2017)