Kredit foto: Instagram Sarip Abioso
Peserta berkumpulan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Abioso menyifatkan kehadiran mereka dalam pertandingan di Malaysia telah membuka ruang untuk lebih banyak tawaran berkarya di sini.
Malah menurut salah seorang anggotanya Mamad, dia bersyukur kerana gaya jenaka mereka mula mendapat tempat di hati peminat Malaysia.
Kredit foto: Instagram Sarip Abioso
Program ini juga telah menaikkan nama kami di Malaysia dan Abioso telah menerima beberapa tawaran untuk berkarya disini. Kami juga tidak akan mensia-siakan peluang diberikan dan berharap dapat terus memberikan yang terbaik kerana peluang yang datang ini bukan mudah untuk dicapai.
Sumber: Astro Gempak
Tersingkir di minggu suku akhir, Mamad mengakui mereka tidak pernah menyasarkan untuk melangkah jauh dalam pertandingan tersebut.
Meskipun kumpulan kami hanya mampu bertahan pada minggu kesepuluh namun perkara tersebut merupakan pengalaman yang indah untuk Abioso. Sebagai peserta yang berasal daripada Indonesia kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk memenangi pertandingan ini kerana sasaran kami cuma ingin bertahan sehingga minggu kelapan.
Sumber: Astro Gempak
Beliau membuat kenyataan tersebut ketika ditemui di majlis sidang media MLM2017 yang berlangsung di Royal Theater Shah Alam baru-baru ini. Abioso antara lain turut dianggotai oleh Sarip dan Amin.
Kredit foto: topsy.one