Kredit foto: Astro Gempak 

Diumumkan sebagai pemilik trofi Gempak Man Of The Match (GMOTM) di minggu kesebelas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2017, Abam mengakui berasa cuak.

Ini berikutan daripada sejarah minggu-minggu lalu yang menyaksikan pemilik trofi GMOTM akan tersingkir pada minggu yang sama bersama kumpulan mereka. 

Abam menjadi bimbang andainya situasi yang sama berulang kerana mereka hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk ke peringkat akhir. 

abam cuak diumum penerima gempak man of the match 2

Kredit foto: Instagram Abam Bocey

Saya berasa lega apabila kumpulan Bocey diumumkan sebagai nama kedua yang layak ke peringkat akhir. Sejujurnya saya juga risau Bocey akan tersingkir disebabkan saya memenangi trofi GMOTH untuk minggu ini. Ini kerana jika dilihat semula, majoriti nama yang diumumkan menerima GMOTH telah tersingkir dan itu membuatkan saya menjadi takut. Saya juga menjadi cuak untuk mengambil trofi itu kerana pelbagai kejutan boleh terjadi dalam rancangan ini.

Sumber: Astro Gempak 

Abam membuat kenyataan tersebut di majlis sidang media minggu kesebelas MLM 2017 yang berlangsung di Royal Theater Shah Alam, Jumaat lalu.

Selain Bocey, peserta lain yang berjaya menjejakkan kaki ke peringkat akhir MLM 2017 adalah Shiro, Zero, Puteh dan Dzawin. Juara MLM 2017 akan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sejumlah RM500,000. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)