Kredit foto: imgur.com
Nampaknya isu jantina usahawan kosmetik, Nur Sajat masih belum berakhir.
Sebelum ini Sajat pernah mendedahkan bukti surat rasmi pengesahan jantinanya sebagai khunsa oleh seorang pakar.
Namun baru-baru ini isu tersebut kembali hangat diperkatakan apabila seorang lelaki tampil mendakwa dirinya sebagai kawan Sajat sewaktu zaman sekolah.
Lelaki bernama Muhammad bin Aris menerusi akaun Facebooknya mendedahkan dia bersama-sama dengan rakan lelaki Sajat yang lain pernah melihat alat sulit usahawan kosmetik itu dan mendapati dia sebenarnya adalah seorang lelaki, dan bukanlah khunsa.
Menguatkan lagi dakwaan, Muhammad mendedahkan latar belakang Sajat secara terperinci sewaktu zaman kanak-kanaknya, malah turut bersumpah dengan kenyataan yang dibuat.
Kredit foto: hanasuva.com
Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut. Kita nantikan saja jawapan daripada Sajat nanti.