Kredit foto: blogdrive.com & edisiviral.com
Ketika kontroversi perkahwinan penyanyi Hafiz Hamidun menjadi bualan hangat, penyanyi itu turut terpalit dengan dakwaan yang mengatakan dia adalah golongan "kunyit" atau dalam makna sebenar, mempunyai nafsu terhadap kaum sejenis.
Di kesempatan sidang media yang berlangsung semalam, Hafiz turut memberikan respon terhadap isu berkenaan. Menurut Hafiz, dia menuntut bukti daripada isterinya, Joy Revfa mahupun sesiapa sahaja sekiranya telah mengeluarkan tuduhan tersebut di alam maya. Hafiz menegaskan akan kesediaannya untuk mengambil tindakan undang-undang jika mereka hanya beromong kosong.
Kredit foto: Instagram Hafiz Hamidun
Tak apalah, terpulang pada dia. Pada saya kalau dia buat kenyataan tersebut dia kena buktikan dan sekirannya berlaku unsur-unsur yang tidak tepat saya akan anggap ini satu fitnah dan pihak peguam saya akan tidak ragu-ragu untuk ambil tindakan saman. Saya dah jangka dia akan bertindak begitu. Sebenarnya saya tidak tahu apakah motif dia nak mengatakan benda-benda yang tidak berkaitan dengan apa yang saya nak suarakan hari ini. Saya tidak mengambil kisah kerana kadang-kadang cakap sebegini didorong oleh emosi dan tidak berlandaskan dengan fakta. Dia harus bertanggungjawab dengan apa yang dia katakan, bukan sahaja pada dia tetapi pada semua orang yang buat keterangan, komen, posting dalam Facebook dan forum Cari. Kita telah mengambil tindakan yang wajar untuk memastikan perkara ini tidak berlanjutan.
Sumber: Media Hiburan
Bagaimanapun Hafiz tetap menganggap tuduhan itu sebagai tidak mustahak dan digunakan Joy sebagai peluang untuk mengelirukan fakta sebenar.
Saya menganggap isu ini remeh untuk mengalihkan tumpuan sebenar kes ini. Dia pun tahu tentang kes ini seperti apa yang telah saya nyatakan tetapi dia telah muncul dengan kenyataan-kenyataan picisan yang sebenarnya pada saya selagi benda tu tidak mengaibkan saya, saya masih boleh bersabar tetapi sekirannya ia melampaui batas sehingga menyebabkan reputasi saya terganggu kita tidak teragu-ragu mengambil tindakan.