bekerja lebih masa boleh jadi gila 632

Waktu kerja normal bagi kebanyakan syarikat swasta atau kerajaan adalah 8 jam, tidak termasuk waktu makan rehat yang biasanya diberikan 1 jam. Namun dalam dunia pekerjaan, kita tidak terlepas dari bekerja lebih dari 8 jam.

Malah, ada di antara mereka yang terlalu kerap bekerja lebih masa, tak kiralah sama ada desakan kerja yang tak pernah siap, atau untuk mengejar pendapatan lebih.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Adakah anda salah seorang daripadanya? Jika ya, anda mungkin berhadapan risiko mengalami gangguan mental!

kerja lebih masa boleh membunuh 866

Menurut NST, pakar-pakar semakin bimbang akan budaya pekerja di Malaysia yang semakin kerap bekerja lebih masa sehinggakan mencecah 12 jam sehari. Jika dihitung, jumlah jam bekerja mereka bersamaan 60 jam seminggu.

Akta Kerja 1955 telah menyatakan bahawa rakyat Malaysia hanya boleh bekerja lebih masa sebanyak 10 jam sahaja dalam seminggu. 

Walaubagaimanapun, ramai pekerja dieksploitasikan oleh majikan mereka dan diberikan kerja lebih masa yang keterlaluan, menurut presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia, Abdul Halim Mansor.

Tanpa disedari, kerja lebih masa yang berterusan ini membuatkan ramai pekerja mengalami tekanan yang kronik dan keletihan mental, walaupun di luar waktu kerja.

kerja lebih masa boleh menyebabkan tekanan mental 563

Menurut Abdul Halim lagi, Kementerian Sumber Manusia harus mengingatkan para majikan supaya menghormati akta tersebut dan tidak dilanggar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan hasil sahaja.

Kerja lebih masa yang keterlaluan adalah sangat tidak sihat dan kerajaan harus memeriksa semula perkara ini bagi mempertanggungjawabkan majikan yang mengarahkan kerja lebih masa.

kerja lebih masa rosakkan jantung

Sebagai negara yang sedang membangun untuk menjadi negara maju, negara kita memerlukan satu undang-undang yang benar-benar komprehensif. Ini amat penting dalam memastikan pekerja mendapat rehat berkualiti, bagi menjamin hasil yang berkualiti.

Mengapa kerja lebih masa buruk bagi kesihatan?

1. Mengganggu waktu tidur

Kajian menunjukkan kerja lebih masa memberikan kesan negatif kepada tidur anda. Ia sama ada hasil daripada tekanan kerja (kerja fizikal atau terlalu lama di depan komputer), atau tidak cukup masa rehat sebelum tidur. Ini akan menyebabkan kita mengalami apa yang dipanggil "hutang tidur". Hutang tidur yang kronik berisiko menyebabkan obesiti, sakit jantung, strok dan juga diabetes.

Dalam jangka masa pendek, kekurangan tidur memberi kesan kepada hippocampus, iaitu bahagian dalam otak yang terbabit dalam penghasilan ingatan.

2. Mengganggu tabiat baik

Bekerja lebih masa mampu memberikan kesan buruk kepada badan dan otak dengan dua cara utama, iaitu meningkatkan tekanan dan mengganggu tabiat sihat seperti bersenam, makan secara teratur dan banyak lagi.

Sebagai contoh, apabila anda terlalu letih akibat kerja lebih masa, anda akan cenderung untuk bergantung kepada kafein dan lebih gemar untuk makan makanan yang tidak sihat terutamanya makanan segera. Anda juga tidak mempunyai masa lagi untuk bersenam. 

Menurut kajian dalam jurnal Natura Communications, apabila seseorang itu terlalu letih, pemilihan makanan sihat akan diabaikan disebabkan oleh 2 perkara. Pertama, ia memperlahankan aktiviti dalam otak yang bertanggungjawab untuk menyenaraikan makanan bergantung kepada apa yang kita mahu dan yang kita inginkan. 

Kedua,ia menyebabkan peningkatan dalam di amydala (bahagian otak), yang bertanggungjawab mengawal kepentingan makanan. Secara tak langsung, makan makanan tak sihat menyebabkan penambahan berat badan dan berakhir dengan obesiti.

3. Buruk bagi jantung

Kajiaan jangka panjang terhadap lebih daripada 10,000 penjawat awam di London mendapati pekerja pejabat yang bekerja 3 jam ke atas lebih daripada waktu kerja biasa mempunyai risiko penyakit berkaitan jantung 60 peratus lebih tinggi daripada mereka yang tidak.

Antara masalah berkaitan jantung termasuklah kematian akibat sakit jantung, serangan jantung dan serangan angina (masalah akibat kekurangan bekalan darah ke jantung)

P/S : Jadi bagi yang nak kerja lebih masa, tak kiralah sebab duit lebih atau apa pun, pastikan kesihatan anda menjadi kepentingan utama.

Rujukan : 

1. Hubspot




Hakcipta iluminasi.com (2017)