Siaran langsung adalah sesuatu yang popular pada hari ini. Dengan adanya aplikasi seperti Meerkat dan Periscope, "lifecasting" menjadi satu trend. Namun, mempamerkan kehidupan dan aktiviti seharian secara langsung dalam talian bukanlah sesuatu yang baru.

Sebenarnya, ia dimulakan oleh seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, Jennifer Ringley, pada tahun 1996 lagi. Gadis itu menjadi terkenal kerana menyiarkan kehidupannya 24 jam dari bilik asramanya. Laman webnya iaitu 'Jennicam.org' pernah mendapat tujuh juta tetamu dalam sehari dan merupakan salah satu laman web paling popular ketika itu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Jennifer yang berasal dari Harrisburg, Pennsylvania, itu mula merakam kehidupannya sebagai satu eksperimen. Dia mengambil gambar setiap 15 minit menggunakan kamera pada komputernya. Gambar-gambar itu akan dipaparkan di laman webnya, Jennicam.

Tayangan slaid itu memberikan gambaran kehidupan seharian Jennifer kepada penonton di seluruh dunia. Antara aktivitinya adalah seperti melayari internet, membaca buku, tidur dan banyak lagi. Jennifer terus memuat naik gambar setiap 15 minit walaupun dia tidak berada dalam bilik ketika itu. Tanpa disedari, Jennifer Ringley menjadi pencipta laman web berasaskan lifecasting.

Permulaan spontan

jennicam

Ketika baru memasuki Kolej Dickinson, Jennifer membeli sebuah kamera web iaitu teknologi terkini pada waktu itu. Dia menguji program kamera itu dengan menetapkannya untuk mengambil gambar setiap 15 minit sekali. Kamera itu dihidupkannya sepanjang masa.

Apa yang bermula sebagai cabaran peribadi kemudian berubah menjadi satu projek seni. Jennifer yang menggunakan laman webnya sebagai dokumen kehidupan seharian ingin menonjolkan kehidupan sebenarnya kepada penonton.

gambar jennifer ringley

Ada kalanya, kamera webnya memaparkan Jennifer dalam keadaan yang tidak sepatutnya seperti tidak berpakaian atau melakukan aktiviti seksual. Namun, Jennifer tidak pernah menapis apa-apa gambar sekalipun bagi mengekalkan keasliannya.

Tidak seperti kebanyakan perkhidmatan laman kamera web moden, matlamat gadis itu bukanlah untuk menghasilkan wang tetapi hanya ingin memaparkan kehidupan sebenarnya seasli yang mungkin.

Laman web Jennicam menjadi sangat popular dan secara tidak langsung menjadikan Jennifer seorang selebiriti internet terawal. Selain menerima jutaan pengunjung sehari, Jennifer juga pernah dipanggil menyertai rancangan TV bersama David Letterman.

Zaman internet 'dial-up'

jennifer ringley jennicam live 24 hours

Gambar-gambar yang dimuat naik dalam laman web Jennicam tidaklah sehebat kualiti pada zaman ini seperti video Facebook Live. Ketika itu, sambungan internet masih menggunakan sistem "dial-up". Laman web tidaklah secepat yang ada pada hari ini dan untuk memuat naik sekeping gambar boleh mengambil masa sehingga 60 saat atau lebih.

Walau bagaimanapun, gambar berkualiti rendah inilah yang menjadi permulaan kepada lifecasting yang kita ketahui hari ini. Walaupun kebanyakan gambar menunjukkan biliknya yang kosong atau Jennifer melakukan aktiviti harian seperti menggosok gigi atau mencuci pakaian, penonton sangat tertarik kepadanya.

jennifer jennicam

Hari ini, kebanyakan orang akan melihat laman web Jennicam sebagai seni persembahan yang unik. Kebanyakan siaran langsung atau blogging pada hari ini dipenuhi dengan orang makan, menari, menjual, mencuba barangan atau sesi unboxing.

Kebanyakan penonton pada hari ini juga mungkin tidak dapat menghayati laman web seumpama Jennicam. Rasa minat atau ingin tahu itu mungkin bertahan selama 45 saat sahaja kerana terlalu banyak laman web live streaming yang lebih baik dan "hidup".

Menjadi trend terkini

jennicam 2

Selepas Jennifer menyiarkan kehidupan seharian kepada tontonan umum, ramai orang lain cuba melakukan perkara yang sama. Mereka cuba mendapatkan perhatian umum dengan melakukan perkara pelik dan ekstrem tetapi tiidak ada seorang pun yang berjaya seperti Jennifer Ringley sebagai pelopor lifecasting.

Walaupun Jennifer begitu terbuka tentang kehidupannya, dia sebenarnya seorang yang normal. Dia suka perhatian yang diperolehinya tetapi tidak terlalu teruja untuk mengejar kemahsyuran.

jennifer ditemuramah wartawan

Jennifer dalam satu wawancara TV

Tidak lama selepas itu, Jennifer mula menawarkan "akses premium" dalam laman webnya. Para pengikutnya akan menghantar wang melalui PayPal. Jennicam terus beroperasi walaupun Jennifer berpindah ke Washington D.C.

Pada waktu ini Jennifer mempunyai cukup ramai pengikut dalam dan luar talian. Lebih 100 saluran media termasuk The Wall Street Journal mengulas mengenai wanita ini. Jennifer juga sering muncul dalam beberapa rancangan temubual di kaca TV.

Mendapatkan kembali kehidupan normal

jennifer i feel so lonely

Setelah mengendalikan laman webnya selama lebih dari tujuh tahun, Jennifer akhirnya menutup Jennicam pada tahun 2003. Antara alasan yang dinyatakan ialah pengharaman Jennicam oleh PayPal yang mempunyai dasar anti-bogel dalam urus niaganya.

Mungkin juga Jennifer ingin mendapatkan kehidupan normalnya semula setelah menjadi tontonan umum selama hampir sedekad. Wanita itu kemudian menghilangkan diri sama sekali dari internet sehingga dia muncul untuk satu wawancara radio beberapa tahun yang lalu.

Hari ini, Jennifer yang berusia 43 tahun telah berkahwin dan bekerja sebagai seorang pengaturcara komputer. Dia dan keluarganya tinggal di Sacramento, California.

Rujukan:

1. Wanita yang menjadi inspirasi rancangan realiti

2. Sejarah wanita webcam pertama internet

3. Individu pertama menyiar kehidupan seharian dalam internet




Hakcipta iluminasi.com (2017)