Kredit foto: Instagram Norlia Ghani
Pelbagai jolokan nama diletakkan kepada aktres veteren Norlia Ghani.
Biasanya digelar Norlia, ada juga yang panggil Joyah dan tak kurang di kalangan yang rapat menggelarkannya sebagai Mama.
Aktres berusia 69 tahun itu masih kekal relevan sehingga ke hari ini walaupun telah mula dikenali sejak era 1980-an.
Menjadi antara artis yang disenangi kerana kemesraan dan sifat rendah dirinya, tidak hairan beliau masih dipanggil oleh pihak produksi untuk menjayakan drama dan filem terkini.
Khas buat para peminat ibu kepada aktor Rusdi Ramli ini, kami sediakan lima fakta menarik tentang dirinya yang ramai tidak tahu!
1. Gilakan lagu-lagu life music khususnya yang berentak Pop Yeh Yeh. Dedah Norlia, "Mama tak kisah apa orang nak cakap sebab dari dulu memang Mama suka dengar Life music!"
2. Merupakan peminat haiwan peliharaan kucing. Malah dia turut membela seekor kucing di rumah yang dinamakan sebagai Cici. Cici adalah peneman dirinya tatkala sendiri.
3. Norlia sudah lama membabitkan diri dalam dunia hiburan tetapi hakikatnya tidak mempunyai sahabat baik dalam industri untuk meluahkan cerita peribadi. Tetapi bukanlah bermakna dia tak percayakan orang, sebaliknya sifat semulajadinya yang lebih suka memendam rahsia.
4. Sekian lamanya Norlia adalah pencinta bunga-bungaan terutama Orkid dan Ros. Sewaktu bertukar tempat tinggal ke rumah pangsa dahulu, dia terpaksa menyerahkan kesemua bunga kesayangan kepada orang lain angkara susah nak dijaga.
5. Walaupun pernah popular dengan watak Joyah (dalam drama Opah) yang mempunyai karakter banyak cakap dan bermulut bising, namun dalam realiti kehidupan sebenar karakter Norlia adalah sebaliknya.
Kami doakan semoga Mama Norlia sentiasa dipelihara kesihatannya agar dapat terus menyinari dunia hiburan.
Sumber berira: Mstar