Kredit foto: Facebook Fatin Athira Mustapa , Facebook Hanita Hamid

              

Biodata

Nama penuh: Fatin Athira binti Mustapa

Nama popular: Fatin Athira Mustapa

Umur: 30 tahun (2023)

Tarikh lahir: 4 Mac 1993

Asal: Kuala Lumpur, Malaysia

Pendidikan: Kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor

Pekerjaan: Peguam

         

Latar Belakang

1. Fatin dilahirkan sebagai anak kepada pasangan Mustapa Ahmad (bapa) dan Hanita Hamid (ibu).

2. Dia merupakan anak kepada seorang pesara tentera.

3. Dia menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, dan kini menjalankan tugas sebagai seorang peguam.

4. Dia turut berkongsi minat yang sama dengan Noh Salleh dalam bidang muzik, memiliki kebolehan bermain gitar serta bakat dalam nyanyian.

        

Hubungan Dengan Noh Salleh

1. Pada 7 Mei 2023, dia telah bertunang dengan penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, yang telah mengejutkan banyak pihak, selepas berita tentang pertunangan mereka diketahui oleh umum. Majlis yang diadakan secara tertutup itu berlangsung di kediaman keluarganya di Putra Heights, Subang Jaya dan hanya melibatkan pihak keluarga dan kenalan terdekat.

Semasa majlis yang diadakan serentak dengan rumah terbuka Syawal ini, Noh membawa rombongan ahli keluarganya dari Kuching, Sarawak, bersama dulang hantaran, dan pada masa yang sama kedua-dua keluarga telah menetapkan tarikh pernikahan mereka.

Foto Fatin yang lengkap mengenakan persalinan berwarna hitam, sementara Noh memakai baju Melayu sepadan warna, tersebar luas di media sosial pada masa itu.

2. Pasangan ini akan berkahwin di sebuah dewan acara yang merupakan lokasi perkahwinan terkenal di Puchong, Selangor pada 23 September 2023. Mengikut pemahaman, mereka bakal mengadakan pernikahan di pagi hari dan diikuti majlis resepsi pada sebelah malam, hari yang sama.

3. Sementara itu, sejak awal Ogos 2023, kad undangan perkahwinan yang dicetak secara digital berwarna hitam, mengandungi maklumat perkahwinan bakal pasangan pengantin baru itu, telah dihantar kepada tetamu jemputan.

4. Selepas berita pertunangan dan kad undangan perkahwinan ini menjadi tular, perhatian ramai tertumpu sekali lagi kepada mereka apabila Noh berkongsi foto persalinan serba putih yang dipercayai sebagai busana untuk majlis perkahwinan mereka, dalam perkongsian di Instagramnya (IG) pada pertengahan September 2023.

Tanpa sebarang penjelasan di ruang kapsyen, pakaian pengantin yang direka oleh butik jenama Fidae itu memaparkan nama Noh dan Fatin serta tarikh perkahwinan mereka, iaitu 23 September 2023, tertera pada penyangkut baju.

5. Selain itu, perkongsian video oleh pengguna akaun @lencai999 di aplikasi TikTok beberapa hari yang lalu, memaparkan Noh sedang membuat persembahan di acara Motos In Malim pada Ahad yang lepas, sambil secara spontan memperkenalkan Fatin sebagai bakal isterinya di hadapan 500 penonton yang hadir.

Noh berseloroh, menyatakan betapa tak sabarnya dia melihat tunangnya mengenakan busana istimewa di hari pernikahan mereka kelak.

Dengan mengumumkan bahawa dia dan Fatin akan bersatu sebagai suami isteri pada minggu ini, serta meminta agar penonton yang hadir mendoakan kebahagiaan perkahwinan mereka sehingga ke akhir hayat, dia turut melantunkan lagu berjudul 'Biar Seribu' yang dianggap sebagai doa untuk pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

6. Sebelum ini, Noh pernah berkahwin dengan aktivis kemanusiaan, Shazrina Azman atau nama terkenalnya, Mizz Nina pada 1 Julai 2011 selepas lapan bulan pertunangan. Meskipun selepas pelbagai usaha dilakukan, perkahwinan mereka masih tidak mendatangkan zuriat, hingga pada Mac 2022, mereka menerima Musa sebagai anak angkat untuk melengkapkan kebahagiaan hidup.

Meski demikian, pada 4 Ogos 2022, Mizz Nina telah mengumumkan bercerai dengan Noh melalui laman Instagramnya.

7. Dalam perkembangan berkaitan, Mizz Nina memulakan babak hidup yang baru dengan mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap dari Amerika Syarikat (AS), Essam Muhammad pada suku kedua tahun 2023.

        

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Mizz Nina, Bekas Isteri Noh Salleh

Baca: Siapa Essam Muhammad? Ini Biodata Dan Latar Belakang Suami Baru Kepada Mizz Nina Ini

        

Foto

fatin athira mustapa

fatin athira mustapa instagram

fatin athira mustapa umur

isteri noh salleh

fatin athirah mustapa

Ibu dan bapa kepada Fatin Athira

noh 388

noh salleh 728

noh hujan kahwin

noh mizz nina

mizz nina 966

essam muhammad

noh hujan 167

noh salleh kahwin

isteri noh hujan 176

Kredit foto: Facebook Fatin Athirah Mustapa , Facebook Hanita Hamid

          

Sumber:

1. Noh, Fatin Athira nikah 23 September

2. Noh Salleh nikah 23 September depan

3. Instagram Noh Salleh

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)