Kredit foto: Instagram Essam Muhammad , Facebook Essam Muhammad , Instagram Mizz Nina, Instagram @msiddiqee
Siapa Essam Muhammad? Sejak berita perkahwinan penyanyi dan aktivis keagamaan, Mizz Nina, atau nama sebenarnya Shazrina Azman (umur 43 tahun) dengan Essam Muhammad dikongsi di laman Instagram, nama suaminya ini telah mencuri perhatian di media sosial terutamanya di apikasi TikTok. Di sini, beberapa fakta menarik dan biodata ingin kami kongsikan tentang Essam, yang juga seorang rapper ini.
Biodata
Nama: Essam Muhammad
Nama komersial: Essam
Asal: Seattle, Amerika Syarikat (AS)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Media Dan Komunikasi, University Of Washington Bothell
Kerjaya: Penyanyi Rap, Penulis Lirik, Pelakon, Penyajak
Instagram (IG): @masseone39
Latar Belakang Dan Fakta Menarik
1. Seorang penyanyi dengan kacukan darah Maghribi dan Amerika Syarikat ini memulakan langkah dalam dunia seni dengan melancarkan video bertajuk 'West Is My Home' pada tahun 2016. Hingga kini, beliau telah menghasilkan dua album iaitu "12.12" pada 2018 dan "Chapter20six" pada 2020.
2. Beliau berperanan sebagai pelakon dalam filem yang bertajuk 'Purple Don't Cry' yang ditayangkan pada tahun 2023. Filem itu mengisahkan tentang usaha komuniti Islam dalam melindungi generasi baharu.
3. Essam banyak memenuhi undangan untuk mengadakan persembahan di pelbagai negara di seluruh dunia seperti Afrika Selatan, United Kingdom, Switzerland dan Malaysia. Selain berkongsi pengalaman hidup yang menginspirasikan, beliau juga mempersembahkan muziknya.
4. Dalam menyebarkan pesanan dakwah, isu-isu kemasyarakatan dan semasa, Essam menggunakan lagu-lagunya sebagai medium. Beliau terkenal kerana kerap melakukan dakwah di kalangan komuniti Muslim di AS, Kanada, Sepanyol dan Belanda.
5. Tidak hanya itu, sebagai seorang penyajak, beliau terlibat secara aktif dalam aktiviti komuniti di Seattle dengan menyediakan ruang kepada penyajak generasi baharu untuk berkongsi idea, karya dan pemikiran mereka.
6. Pada suku kedua tahun 2023 yang baru-baru ini, beliau telah berkahwin dengan penyanyi dan aktivis keagamaan Malaysia, Mizz Nina, dalam majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat. Majlis resepsi perkahwinan mereka di Kuala Lumpur akan diadakan secara tertutup tidak lama lagi.
7. Sebagai makluman, sebelum ini Mizz Nina telah berkahwin untuk kali pertama dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh pada 2 Julai 2011, namun mereka mengumumkan perceraian mereka pada 4 Ogos 2022. Walaupun perkahwinan mereka tidak dikurniakan dengan anak, pasangan itu mengambil anak angkat bernama Musa pada bulan April 2022 untuk menambah seri dalam kehidupan rumah tangga mereka.
8. Dalam perkembangan berkaitan, dikhabarkan bekas suami Mizz Nina, Noh Salleh ini telah bertunang dengan seorang peguam pada 7 Mei 2023 lalu dan mereka dikatakan akan berkahwin pada 23 September 2023 hadapan.
Baca: Biodata Fatin Athira Mustapa, Isteri Baru Noh Salleh (Hujan)
Baca: Bercerai Dengan Noh Salleh (Hujan), Ini Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Mizz Nina
Gambar
Kredit foto: Instagram Essam Muhammad , Facebook Essam Muhammad , Instagram Mizz Nina, Instagram @msiddiqee
Video
Kredit video: Muslimi Meets: Essam Muhammad Ep 16
Sumber:
1. Akaun media sosial Essam melonjak
2. 8 info Essam Muhammad suami Mizz Nina, penyanyi & pendakwah Amerika Syarikat