Kredit foto: Harian Metro
Tanpa berselindung, aktres cantik Nelydia Senrose akui sedang dalam fasa berkawan dengan seorang ahli perniagaan yang digelarkan Mr.H.
Menurutnya, hubungan yang masih dilabelkan sebagai 'kawan' itu sudah berputik sejak beberapa bulan lepas.
Namun pelakon drama rantaian Lafazkan Kalimah Cintamu ini enggan mengulas panjang mengenai gosip yang sedang hangat diperkatakan itu.
"Saya memang berkawan dengannya, tetapi sejauh mana hubungan kami saya tak mahu komen lebih," katanya sebagaimana dilaporkan Harian Metro.
Pinta Nelydia agar para peminat dapat mendoakan yang terbaik untuk masa depan hubungan mereka.
"Cuma saya mohon doakan jodoh yang terbaik untuk saya," katanya.
Nelydia juga tidak menolak untuk menamatkan zaman solonya jika ditakdirkan jejaka berkenaan adalah jodohnya.
"Jika sudah ditakdirkan dan kami ada jodoh, saya memang nak akhiri zaman bujang.
"Bagaimanapun buat masa ini, saya tidak mahu ulas panjang kerana tidak mahu kisah cinta tidak kesampaian berulang kembali," katanya.
Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan pelakon wanita berusia 24 tahun ini sedang berhubungan cinta dengan jutawan muda, Mr.H selepas foto mesra mereka tersebar.