Tidak dinafikan Neelofa antara artis wanita tempatan yang berjaya mengungguli bidang perniagaan meskipun dalam masa sama sedang giat bekerja dalam dunia seni. Bukan mudah hendak menguruskan pelbagai tugas dalam satu masa tapi jika Neelofa boleh buat, kenapa tidak artis lain bukan? 

Terbaru, Neelofa sekali lagi memberi inspirasi bukan sahaja kepada para artis yang menceburi bidang perniagaan, malah kepada masyarakat amnya. Pelakon dan pengacara ini bakal muncul dalam sebuah edisi majalah terkenal luar negara, Forbes - majalah yang berinformasikan perniagaan. 

Wah, bukan calang-calang orang boleh terpilih untuk dimuatkan dalam majalah tersebut. Ini sekaligus mengukuhkan nama beliau dalam kelasnya yang tersendiri sebagai usahawan wanita yang berjaya. 

Berita tersebut dihebahkan dalam sebuah video yang dimuatnaik di akaun Instagramnya. 

Pengikutnya rata-rata meluahkan rasa bangga dan kagum akan pencapaian tersebut. 

neelofa muncul dalam forbes 2

Diharap pencapaian ini akan menjadi semangat kepada mereka di luar sana terutamanya kaum wanita yang sedang atau ingin memajukan diri dalam kerjaya pilihan masing-masing. Tahniah kami ucapkan kepada Neelofa dan semoga terus sukses! 

Sumber berita: Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)