Oleh pada 28 May 2018 kategori

Kredit foto: Twitter Musa Aman

Menurut anak lelaki Tan Sri Musa Aman, Yamani Hafes, beliau bertemu bekas Ketua Menteri Sabah itu kali terakhir setelah selesai penamaan calon Barisan Nasional Sabah PRU14 di Bangunan UMNO pada 28 April lalu.  

Sejak itu, Yamani yang juga merupakan Ahli Parlimen Sipitang dan Ketua Pemuda Umno Sabah masih tidak berjumpa dan berhubung dengan bapanya itu.

Justeru, seluruh keluarga Tan Sri Musa sedang menunggu perkembangan terkini daripadanya dan isteri, Puan Sri Faridah Tussin.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, rekod membuktikan Tan Sri Musa tidak ke luar negara selepas 10 April lalu.

Terdahulu, Tan Sri Musa dilaporkan telah ke luar negara dari Lapangan Terbang Subang pada 10 April menggunakan pasport diplomatik.

Tambahnya, jika Musa ke luar negara tanpa melalui pintu yang diwartakan, ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Imigresen.

Sehingga kini, misteri kehilangan Tan Sri Musa dan Puan Sri Faridah masih gagal dirungkai di mana mereka kali terakhir dikesan menghadiri mesyuarat majlis tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 Mei lalu.

Sumber:

1. Facebook Channel W

2. Facebook Berita TV9

3. Facebook Buletin TV3

Penafian: Semua maklumat berita di atas adalah hak milik sumber yang dinyatakan. Pihak kami hanya berkongsi sebahagian kandungan yang dikemaskini menerusi media sosial sumber berkenaan. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)