Kredit foto: Beautifulnara
Aktres jelita, Mira Filzah mengakui dia senang berkawan dengan pelawak Zizan Razak.
Mira menyifatkan Zizan sebagai seorang yang mesra dan mudah didekati.
Kredit foto: Beautifulnara
Saya suka dengan personaliti Zizan. Dia merupakan seorang lelaki yang baik dan kelakar. Mungkin kerana dia merupakan seorang pelawak, saya sangat selesa dan menyenangi sifatnya yang mesra. Namun begitu, saya dan Zizan hanya berkawan sahaja. Kami hanya rapat sebagai sahabat.
Sumber: Astro Gempak
Begitupun, Mira tidak mahu kisah peribadinya menjadi fokus pihak media. Ujar Mira, tumpuannya kini hanya diberikan kepada kerjaya memandangkan usianya yang masih muda.
Kredit foto: Instagram Mira Filzah
Saya tidak mahu cerita berkenaan cinta atau berkaitan dengan peribadi saya terlalu diperkatakan. Buat masa ini, biarlah saya memberikan sepenuh fokus terhadap kerjaya. Saya mahu mengukuhkan nama sebagai pengacara, pelakon serta ahli perniagaan. Umur saya baru sahaja 24 tahun, masih muda untuk memikirkan soal cinta dan perkahwinan. Jodoh, rezeki, ajal dan maut semuanya merupakan perancangan Allah. Namun begitu, saya tidak menolak jika jodoh datang awal.
Sumber: Astro Gempak