Kredit foto: BH Online
Pengarah Michael Ang dalam sebuah kenyataan terbarunya mendedahkan tekanan yang dilalui sewaktu menjalani penggambaran drama bersiri Hero Seorang Cinderella (HSC).
Menurut Michael, penggambaran tersebut perlu disiapkan dalam satu tempoh yang agak singkat, justeru ada ketika dia menjadi begitu tertekan sehingga pernah memarahi salah seorang pelakonnya, Fikry Ibrahim.
Fikry merupakan aktor baru yang bakatnya dicungkil daripada program realiti, Lawak Solo.
Ini luahan Michael.
Kredit foto: Instagram Michael Ang
Fikry merupakan seorang pelakon pelapis yang mempunyai bakat dan boleh dibentuk. Pada awalnya, Fikry berhadapan dengan situasi sukar untuk melakonkan watak Farizzam. Disebabkan penggambaran drama bersiri ini berlangsung agak rushing, saya akui, saya ada termarah Fikry di lokasi tetapi semuanya berbentuk teguran dalam membaiki mutu lakonannya. Fikry faham dengan situasi tersebut. Dia juga pernah berkata kepada saya, jika dia ada membuat sebarang kesalahan dalam lakonan, dia minta tunjuk ajar. Sempena kedatangan Ramadhan, saya ingin memohon maaf jika dia terasa. Fikry mula sebati dengan watak Farizzam dan bakat lakonan yang ditonjolkan juga semakin baik.
Sumber: Astro Gempak
Selain itu, Michael turut memanjatkan kesyukuran atas sambutan baik yang diberikan penonton terhadap drama HSC. Dalam perkembangan lain, beliau bakal mengarahkan sebuah lagi drama bersiri terbaru berjudul Red Velvet yang akan menggandingkan pasangan pelakon Neelofa dan Alif Satar.