Oleh pada 08 Aug 2017 kategori

Kredit foto: Youtube & BH Online

Susulan kenyataan yang dikeluarkan aktres Afifah Nasir di majlis sidang media semalam, pengarah Michael Ang telah memberi respon yang dipercayai mempunyai perkaitan dengan isu Afifah.

Menariknya, Michael tidak memberi kenyataan secara jelas, sebaliknya dalam bentuk sindiran menerusi video parodinya bersama aktres Sharifah Sakinah.

Dalam video yang dimuat naik di laman Instagram itu memaparkan Michael melakonkan kembali situasi yang digambarkan Afifah yang dijadikan "pak turut" kepada pihak produksi drama.

Sedikit coretan Michael dalam kapsyen: 

selepas afifah nasir buat sidang media michael ang muatnaik kenyataan dan video panas 2

Kredit foto: Instagram Michael Ang

Kisah benar! Macam-macam set drama Malaysia ni. HISH HISH.. Aku siap buat video terang-terang secara jelas punya ni, pun kau orang tak faham, ada juga yang sokong dari belakang yang aku nak kutuk. Apa hal? Takkan aku kena sampai buat video apa pendapat aku tentang drama sebabak ni. Mari aku bagi satu pembayang. "Burung" tu jangan suka terbang sana sini dan nak hinggap sesuka hati. Duduk diam-diam dalam kocek tu sudah. Jangan gaduh-gaduh di  sini, tengok video dan gelak sudah. Itu saja motif aku!

Dalam pada itu, Sakinah tampil meluahkan rasa terkejut kerana keterbukaan Michael memuat naik video mereka kepada umum.

Ini kata Sakinah:

Bodohlah Mike (Michael), kau muatnaik buat apa. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)