Kredit foto: ohmedia.my
Pelakon Zizie Ezette dalam kenyataan terbarunya melahirkan perasaan teruja dengan penerimaan peminat terhadap drama terbarunya, Hero Seorang Cinderella (HSC).
Meskipun telah menyepikan diri selama 8 tahun, Zizie akui watak Puan Sri Mawar berjaya mengembalikan semula kariernya dalam dunia hiburan.
Kredit foto: Instagram Zizie Ezette
Saya sendiri terkejut apabila karakter Puan Sri Mawar dalam drama HSC menjadi perhatian. Apa pun saya bersyukur kerana keputusan saya untuk menerima tawaran daripada Michael Ang untuk berlakon drama ini sangat tepat. Bayangkan selepas lapan tahun tak berlakon, tiba-tiba dapat karakter Puan Sri Mawar. Saya gembira kerana dapat menghayati watak itu seperti mana yang dikehendaki oleh pengarah.
Sumber: Utusan Online
Sungguhpun begitu, aktres tersebut membuat pengumuman tergempar di mana dia kini sedang berhasrat untuk berehat seketika daripada menerima sebarang tawaran lakonan.
Enggan mengulas punca keputusan mengejutkan itu diambil, Zizie berjanji untuk memberikan kenyataan penuh dalam masa terdekat.
Kredit foto: Instagram Zizie Ezette
Saya ingin berehat seketika. Nanti saya umumkan kenapa saya ambil keputusan (berhenti berlakon) ini.
Sumber: Utusan Online
Untuk info, Zizie mendirikan rumah tangga bersama Bung Mokhtar pada tahun 2009 dan sejak itu mengambil keputusan untuk menyepikan diri daripada industri hiburan sebelum membuat kemunculan semula dalam drama Hero Seorang Cinderella (HSC).